G20 sepakat radikalisme tiada kaitan Islam.

ANTALYA, Turki 16 Nov. – Negara-negara anggota G20 di sini sepakat radikalisme tidak ada kaitan sama sekali dengan Islam, tetapi bersetuju bahawa Islam telah `diselewengkan’ untuk kepentingan kumpulan militan Negara Islam (IS) melakukan keganasan.

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pendirian itu dinyatakan oleh kalangan pemimpin negara berkenaan semasa beliau mengambil bahagian dalam sesi `working dinner’ membincangkan isu keganasan dan pelarian sempena Sidang Kemuncak Pemimpin G20 hari ini.

Dalam sesi tersebut, kata Perdana Menteri, beliau membangkitkan mengenai pentingnya usaha untuk menyebarluaskan ajaran sebenar Islam yang perlu dilakukan oleh semua pemimpin dan tokoh-tokoh Islam seluruh dunia.

“Saya menyatakan bahawa ideologi IS ini tidak mencerminkan Islam yang sebenar. Islam adalah (agama yang cintakan) kedamaian, kesederhanaan dan Islam tidak membenarkan mana-mana orang yang tak berdosa dibunuh dan seseorang itu membunuh diri seperti menjadi pengebom berani mati.

“(Di sini) saya petik surah Al-Maidah ayat 32 dan hadis yang mana ada seorang yang berjuang bersama Rasulullah apabila tercedera dalam peperangan mahu membunuh diri, tetapi Rasulullah berkata kalau dia bunuh diri, dia takkan masuk syurga sama sekali.

“Jelas, Islam tidak membenarkan kita bunuh orang yang tak berdosa dan timbul tanda tanya mengapa orang percaya dengan ideologi IS ini dan sanggup bunuh diri,” kata beliau.

Dalam hal ini, Perdana Menteri berkata, beliau turut menyatakan kepada peserta sidang kemuncak itu bahawa perlunya dikaji secara mendalam punca terjadi keganasan, sama ada individu terbabit merasakan sesuatu ketidakadilan telah berlaku atau `meyakini’ telah tiada harapan pada masa depan.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: