Obama pilih makan nasi tomato, dada ayam herba.

Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama memilih untuk menikmati hidangan mudah semasa menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN di Kuala Lumpur yang antara lain berupa dada ayam yang dimasak dengan herba dan nasi tomato. Perkara ini diberitahu Cef Eksekutif Pusat Konvensen Kuala Lumpur (KLCC), Richmond Lim yang berkata makanan tersebut adalah tiga hidangan mudah yang perlu disediakan…

G20 sepakat radikalisme tiada kaitan Islam.

ANTALYA, Turki 16 Nov. – Negara-negara anggota G20 di sini sepakat radikalisme tidak ada kaitan sama sekali dengan Islam, tetapi bersetuju bahawa Islam telah `diselewengkan’ untuk kepentingan kumpulan militan Negara Islam (IS) melakukan keganasan. Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pendirian itu dinyatakan oleh kalangan pemimpin negara berkenaan semasa beliau mengambil bahagian dalam sesi `working…

Pemimpin Malaysia turut diancam militan IS.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mendedahkan, kumpulan militan Negara Islam (IS) telah mengeluarkan senarai nama beberapa pemimpin negara ini sebagai sasaran mereka. Hishammuddin Tun Hussein berkata ancaman serta ugutan terhadap beberapa tokoh terkenal termasuk beliau itu telah dikeluarkan sejak sekian lama yang berkemungkinan hanya untuk tujuan menakut-nakutkan mereka. Hishammuddin berkata, biarpun ugutan itu…

Wang Yapeim diguna untuk kursus perkahwinan di Paris ??

NGO Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat Kebangsaan (NOW) dalam pendedahan terbarunya, hari ini, mendakwa dana RM290,000 milik Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) digunakan untuk membiayai kursus perkahwinan di Paris, Perancis. Menurut pengarahnya, Akmal Nasir, kertas kerja kursus perkahwinan juga diluluskan oleh Yapeim. Akmal juga mempersoalkan sama ada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri…

SPR: RM180 juta belanja p’raya negeri S’wak

  Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan membelanjakan kira-kira RM180 juta pada pilihan raya negeri (PRN) Sarawak ke-11, kata Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof. Peruntukan itu turut melibatkan perbelanjaan logistik, seperti penyewaan helikopter, dan perbincangan untuk menyewa helikopter sudah pun bermula. “Di Sarawak ini memang banyak helikopter diperlukan kerana ada kawasan-kawasan tertentu kita…