Tinjauan: Najib mesti cuti

Kabinet merasakan perdana menteri tidak perlu bercuti ketika disiasat atas dakwaan pengaliran dana 1MDB RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadinya.

Bagaimanapun pendirian itu mungkin tidak dikongsi dengan rakyat biasa.

Dalam tinjauan rawak portal Malaysiakini semalam, 18 daripada 20 responden menggesa Datuk Seri Najib Razak bercuti segera sementara menunggu siasatan pasukan khas pelbagai agensi yang dibentuk.

Kebanyakan responden juga menyatakan keraguan terhadap keupayaan pasukan itu bertindak secara bebas.

Empat belas daripada responden berkata mereka tidak percaya bahawa badan itu akan menjalankan tanggungjawab tanpa memihak.

Badan berprofil tinggi itu melibatkan Jabatan Peguam Negara, Bank Negara, polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Responden mempunyai pelbagai latar belakang daripada pelajar sehingga pekerja profesional dan berumur antara 20 hingga 55 tahun.

Mereka ditanya dua soalan iaitu sama ada mereka percaya kepada pasukan petugas siasatan dan sama ada Najib patut bercuti ketika siasatan dibuat.

Isaac, 29, pengurus: Ketua pasukan khas dilihat ada hubungan dengan PM. Ia lebih kurang macam wayang kulit. Saya tak percaya pada mereka.

Joyce Lim, 35, pengurus jualan: Saya tidak percaya dan suruhanjaya atau pasukan khas baru harus dibentuk.

Fatin, 25, graduan: Sukar dipercayai. Empat anggotanya semua memegang jawatan tinggi dan dilihat sekutu PM dan akan lindungi dia. Najib patut bercuti daripada kabinet untuk elakkan sebarang salah guna kuasa dan menstabilkan polemik semasa dalam negara ini.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s