Keluarga berkumpul sambut hari jadi Dr M

Dengan anak-anak yang berjaya dan dengan apa yang dimilikinya sendiri, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mungkin mampu menyambut hari jadinya yang ke-90 hari ini dengan sambutan yang besar.

Tetapi bukan itu ataupun cadangan anak perempuannya Marina untuk mengadakan majlis anugerah sempena namanya, yang beliau mahukan.

“Kami telah fikirkan apa nak buat pada hari jadi beliau ke-90. Patutkah kami adakan satu majlis yang besar, (atau) patutkah kami buat sesuatu yang lain?

“Saya memikirkan untuk buat sesuatu yang lebih tahan lama, bukan hanya setakat satu sambutan tetapi sesuatu seperti program anugerah sempena namanya, tapi beliau tak mahu.

“Beliau tidak mahu apa-apa atas namanya.

Marina (kanan, dengan Mahathir) berkata ketika ditanya bagaimana beliau mahu menyambut hari lahirnya, Mahathir hanya menjawab: “Majlis doa selamat sudah cukup.”

Dan itulah yang beliau akan dapat – berbuka puasa dan solat bersama keluarga, terutama 18 orang cucunya.

“Beliau sebenarnya suka dikelilingi anggota keluarga, jadi kami berusaha untuk memastikan supaya semua cucunya datang,” kata Marina, anak sulung Mahathir itu daripada tujuh adik beradik.

Dilahirkan di Alor Setar, Kedah pada tahun 1925, dari seorang doktor perubatan Melayu yang pertama di negeri ini itu, Dr Mahathir menjadi perdana menteri yang paling lama berkhidmat, selama 22 tahun.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s