Semua anak kapal MT Orkim Harmony dibebaskan.

Semua anak kapal tangki MT Orkim Harmony telah dibebaskan kira-kira jam 2.30 pagi Jumaat, kata Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Bernama memetik APMM berkata, kapal tangki itu kini diiring ke Pelabuhan Kuantan dan dijangka tiba jam 6 petang ini.

Agensi berita nasional itu juga memetik Panglima Tentera Laut berkata perampas kapal tangki itu telah melarikan diri menaiki bot penyelamat kapal MT Orkim Harmony.

Sementara itu, APMM berkata hanya seorang anak kapal MT Orkim Harmony alami cedera ringan.

Anak kapal tangki itu terdiri daripada 16 rakyat Malaysia, lima Indonesia dan seorang Myanmar.
Kapal tangki milik Syarikat Magna Meridian Sdn Bhd yang membawa 6,000 tan metrik petrol bernilai RM21 juta itu, dilaporkan hilang Khamis lalu ketika dalam perjalanan dari Melaka ke Pelabuhan Kuantan, Pahang.
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s