1MDB selesai bayar hutang RM3.6 bilion

1MDB sudah membayar sepenuhnya hutang mereka bernilai AS$975 juta (RM3.6 bilion) kepada konsortium enam bank antarabangsa diketuai Deutsche Bank.

“Hari ini kami memaklumkan pinjaman berkenaan dibayar sepenuhnya.

“Pembayaran semula RM3.6 bilion membayangkan komitmen 1MDB mengurangkan kadar hutang selaras dengan pelan rasionalisasi diluluskan kabinet,” kata Presiden 1MDB, Arul Kanda Kandasamy hari ini.

Pada 29 Mei lalu kabinet mengumumkan mencapai persetujuan dengan syarikat dari Emiriah Arab Bersatu, International Petroleum Investment Company (IPIC) untuk melunaskan hutang pada atau sebelum 4 Jun.

Sebagai tukaran, 1MDB akan menyediakan sejumlah aset kewangan – termasuk “unit” yang dimiliki mereka dalam akaun BSI Singapura kepada IPIC serta anak syarikatnya, Aabar Investments PJS (Aabar).

Konsortium perbankan itu menuntut 1MDB membayar hutang mereka sebelum tarikh matang pada September depan, didakwa kerana bimbang terhadap kemampuan syarikat berkenaan.

Ekoran itu 1MDB menjelaskan, pengauditan terakhir syarikat itu menunjukkan hutang ditanggung adalah sebanyak RM41.8 bilion – atau kira-kira 13.3 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar Malaysia.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s