‘Pak Lah tak bermewah, tapi sanggup berundur bila sampai masanya’.

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Datuk Seri Najib Razak harus meletak jawatan kerana menimbulkan masalah besar yang tidak pernah berlaku semasa pentadbiran perdana menteri sebelum ini.

Tun Abdullah Ahmad Badawi tidak dituduh menjalani kehidupan mewah, namun sanggup meletak jawatan sebelum tamat penggal.

“Sebelum ini, tiada cakap-cakap mengenai perbelanjaan boros perdana menteri, membeli barangan mahal, menjalani kehidupan mewah.

“Sebahagian daripada cakap-cakap ini mungkin tidak benar, namun ia tidak pernah timbul semasa pentadbiran perdana menteri sebelum ini.

“Cakap-cakap seperti ini pasti timbul disebabkan gaya hidup perdana menteri yang berbeza daripada yang diharapkan,”.

Mahathir menjawab kenyataan Najib yang bertegas untuk kekal sebagai perdana menteri sehingga tamat penggal jawatannya.

Abdullah juga dipilih secara sah, malah dengan majoriti lebih besar daripada yang diterima oleh Najib, namun tetap meletak jawatan.

Prestasi p’raya lebih buruk

“Apa salahnya meminta perdana menteri meletak jawatan? Jelas sekali dia memberi masalah yang lebih besar kepada negara berbanding perdana menteri sebelum ini,”.

Beliau dipilih secara sah oleh parti dan rakyatnya dan akan kekal sebagai presiden parti dan perdana menteri sehingga tamat penggal jawatannya.

Mahathir juga tidak yakin bahawa Najib masih mampu menarik sokongan besar, walau ribuan orang hadir ke program bersama perdana menteri itu.

“Berkenaan sokongan ribuan orang ini, kita semua nampak demonstrasi sama sebelum pilihan raya umum ke-13. Keputusannya lebih teruk daripada pilihan raya umum ke-12.

“Demonstrasi ini tidak diterjemah kepada sokongan pada Najib. Mereka datang disebabkan pelbagai insentif.

“Atas sebab ini dan banyak sebab lain, Najib perlu meletak jawatan,”.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s