42 pengamal media dibawa ke kubur pendatang di Wang Kelian

PADANG BESAR: Sekumpulan 42 pengamal media tempatan dan antarabangsa dibawa melawat satu daripada 28 kem yang ditemui di puncak Bukit Wang Kelian, dekat sini, pagi ini. Kem berkenaan yang terletak kira-kira 1.5 kilometer (km) dari Wang Kelian, dipercayai menempatkan sekurang-kurangnya 37 kubur disyaki mengandungi mayat pendatang asing tanpa izin (PATI).
Pegawai Operasi Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Utara, Deputi Superintendan Salleh Mohd Hussain, berkata perjalanan mendaki dijangka memakan masa minimum dua jam dan kem yang bakal dilawati adalah yang paling hampir.

Sepasukan anggota forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dibawa menaiki trak ke lokasi pendakian untuk naik ke lokasi perkuburan. Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, telah mengesahkan penemuan 139 kubur di 28 kem yang ditemui di kawasan membabitkan kira-kira 11 kilometer sekitar sempadan Malaysia-Thailand di kawasan bukit Wang Kelian.
Penemuan adalah susulan operasi penggeledahan dilakukan komando VAT69 susulan Ops Wawasan Khas dijalankan.
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s