Najib kuat dengan ‘rakyat upahan’

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata sokongan terhadap kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebenarnya tidak seperti yang tergambar.

“Ia gemar mengadakan perhimpunan rakyat upahan yang menatang sepanduk kecil yang dibekal kepada mereka dengan tulisan ‘I love PM’ dan menyanyi lagu “IM4U”. Mereka ini datang kerana dibawa dengan bas dari jauh, diberi makan dan upahan.

“Untuk mendapat sokongan orang Cina, Najib membelakangkan DEB (Dasar Ekonomi Baru), mengurangkan tempat dan biasiswa bagi penuntut bumiputera di universiti, dan melayan segala tuntutan parti pembangkang. Dipercayai bahawa dengan slogan “Ah Jib Gor” abang Ajib, orang Cina akan sokongnya.

“Najib juga percaya bahawa wang tunai adalah raja (cash is king). Jika wang diberi maka rakyat akan sokong dirinya. Maka diperkenalkan BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia), wang percuma untuk rakyat,” .

Dr Mahathir yang pernah menyangka prestasi Najib dalam pilihan raya umum ke-13 akan lebih baik berbanding Tun Abdullah Ahmad Badawi meleset.

“Sebelum PRU 13 diarah supaya dikumpul 70,000 orang Cina di Kelang untuk mendengar kempennya. Tak sampai 15,000 yang datang. Mereka tidak hirau ucapan Najib. Najib kalah teruk di sini pada PRU 13.

“Saya tidak percaya semua ini akan memulihkan sokongan kepada BN. Tetapi sangkaan saya ialah prestasinya dalam PRU-13 akan menjadi lebih baik dari Abdullah.

“Harapan saya tidak menjadi kenyataan. Prestasi Najib lebih buruk dari Abdullah,” tulis Dr Mahathir.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s