Calon Pas P091 Mewah Kerana Felda

PRK Rompin: Rupanya Peneroka Tidak Tahu Calon Pas Mewah Kerana Felda

Apabila berlaku sesuatu maka yakinlah ada rahmat besar yang Allah swt ingin tunjukkan.

Begitulah juga dengan kematian arwah Tan Sri Jamaluddin Jarjis.

Rupanya Allah nak tunjukkan  betapa selama ini calon Pas dan keluarganya mendapat lebih keistimewaan dari peneroka lain di gugusan Felda Keratong.

Tanah TOL 5 ekar lebih diberikan untuk didirikan perusahaan keropok.

Menurut sumber, calon Pas dan abangnya juga mendapat kemudahan pinjaman dari Felda untuk mulakan perniagaan tersebut? RM200,000 ?

Namun disebalik izin gunatanah tersebut, calon Pas didapati menyalahgunakan kebenaran bersyarat itu. Beliau sebaliknya melanggar perjanjian dengan Felda dengan membina sebuah banglo dan juga Madrasah Tahfiz.

Isunya jelas, SALAH GUNA SYARAT KEIZINAN Felda.

Apa yang dikesalkan apabila kes ini terbongkar, beliau cepat cepat menuding jari menyalahkan Felda kononnya tidak membenarkan beliau mendirikan madrasah tahfiz tersebut.

Akhirnya beliau berkeras juga, tanpa kelulusan Felda, pembinaan madrasah tersebut diteruskan juga. Syariahkah perbuatan ini?

Persoalan juga timbul apabila beliau mengaku membayar sejumlah wang untuk mendapatkan tanah bersebelahan kilang keropok tersebut. Bolehkah tanah peneroka dijual beli sesuka hati?

Pegawai Felda yang berjanji untuk tunjukkan syarat guna tanah tersebut nampaknya cuba mengelak?

Apakah sedang berpakat untuk menambah syarat di dalam perjanjian tersebut dan membuat “back dated”?

Jangan sampai masyarakat muak dan ragu dengan ketelusan pegawai Felda yang bersikap sebegini.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s