Siapa jilat ludah siapa?

JIKA ada yang mahu menyaksikan episod paling memalukan dalam kalangan orang berpendirian, lihatlah kepada Dewan Pemuda Pas (DPP) Pulau Pinang ketika ini.

Hanya dalam satu malam, ke­tegasan dalam mempertahan ma­ruah diri dan parti diletakkan di bawah tapak kaki.

Masih terngiang-ngiang kete­gasan Ketua DPP negeri, Mohd. Yusni Mat Piah yang tidak berganjak mendesak AMK memohon maaf dan menarik balik kenyataan mengkritik Presiden mereka, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Malah, Mohd. Yusni juga sempat menyindir Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) supaya lebih berhati-hati dalam mengambil tindakan agar tidak dilihat seperti menjilat ludah sendiri.

Tetapi ketika ini, siapa sebe­narnya yang menjilat ludah sen­diri?

Tidak dapat dipastikan apa perjanjian yang dibuat antara DPP negeri, AMK dan DAPSY sehingga Mohd. Yusni tergamak membuat pusingan-U.

Namun, apa pun alasannya, keputusan itu sama sekali tidak boleh diterima. Ini bukan lagi so­al untuk memenangkan Parti Keadil­an Rakyat (PKR) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh.

Jika Pemuda Pas tidak menggerakkan jentera mereka dalam PRK itu sekalipun, umum sudah mengetahui Parlimen tersebut adalah kubu kuat pembangkang.

Jadi, tidak ada bezanya sama ada Pemuda Pas mahu membantu kempen calon PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail atau sebaliknya.

Tetapi, apa yang dikorbankan Pemuda Pas ketika ini adalah sesuatu yang lebih besar daripada kemenangan pembangkang di kerusi itu iaitu maruah dan harga diri mereka.

Dengan keputusan itu, Pas selama-lamanya akan dilihat seperti parti yang boleh diperkudakan dalam pembangkang.

Malah, DAP dan PKR pada bila-bila masa pun tidak perlu takut atau berasa terancam dengan Pas kerana mereka tahu pemimpin Pas boleh dicucuk hidung.

Lebih malang, perkara itu ditunjukkan dalam kalangan gene­rasi muda Pas yang kelak bakal mengisi barisan kepimpinan Pas Pusat.

Agak lucu mengenangkan Pemuda Pas dalam melondehkan maruah mereka masih menuntut AMK memohon maaf dan mena­rik balik kritikan terhadap Abdul Hadi.

Jika selepas diugut tidak akan membantu kempen PKR pun AMK tidak akan memohon maaf, jadi apa yang membuatkan Pemuda Pas beranggapan AMK akan berbuat demikian selepas ini?

Persoalan lain yang perlu dija­wab Pemuda Pas negeri juga adalah bagaimana dengan pendirian Dewan Pemuda Pas Kawasan dari seluruh negara yang sebelum ini tampil menyatakan sokongan?

Apa alasan yang mahu diberikan kepada Dewan Pemuda Pas Kawasan ini untuk mereka bersama-sama menelan ludah sendiri?

Sesuatu yang pasti, keputus­an pusingan-U yang dibuat pe­mimpin Pas Kawasan Permatang Pauh dan DPP negeri ini langsung tidak mewakili suara ahli-ahli akar umbi.

Daripada pengalaman men­dekati pengundi Pas di Permatang Pauh, rata-rata mereka masih kecewa dan terkesan dengan penghinaan PKR serta DAP terhadap pemimpin mereka.

Malah, mereka juga tidak akan sesekali berkompromi dengan pihak yang menolak pelaksanaan hukum hudud yang merupakan roh perjuangan Pas sejak sekian lama.

Kerana itu, Pemuda Pas ja­ngan berasa terlalu selesa dengan keputusan yang dibuat mereka semalam yang pastinya mengguris hati ahli akar umbi.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: