BN Letak Calon Pada Pilihan Raya Kerana Mahu Bantu Selesai Masalah Rakyat – Muhyiddin


Barisan Nasional (BN) meletakkan calon untuk bertanding pada pilihan raya bukan semata-mata untuk menjadi wakil rakyat tetapi lebih kepada membantu menyelesaikan masalah rakyat..

Selaras dengan komitmen kerajaan yang ditunjangi BN untuk membantu rakyat tanpa mengira kaum, keturunan, agama dan latar belakang.

“Yang miskin kena bantu, yang tidak berupaya dibantu. Yang tiada pekerjaan kita tolong, baru jadi kerajaan yang baik. Dengan sokongan rakyat, kita boleh jalankan kerja-kerja kita dengan lebih sempurna,”.

Sebagai Timbalan Perdana Menteri beliau tahu apa yang rakyat mahukan dan keresahan yang difikirkan.

“Dalam kepala saya boleh nampak (isu) GST (Cukai Barang dan Perkhidmatan), top-up, soal barang-barang, soal pergi pasar (harga barang naik), pakaian anak, semua ada dalam kepala,”.

Muhyiddin berkata kerajaan yang dipilih rakyat mestilah kerajaan yang faham apa masalah rakyat dan perlu berbuat sesuatu supaya rakyat tidak menjadi miskin.

“Apa cara kerajaan boleh bantu rakyat supaya beban hidup itu tidak berterusan. Kerana itu kita beri BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia). Walaupun ada yang tak sokong BR1M ini tetapi saya sokong. Ini duit daripada subsidi minyak.

“Satu tahun dah jimat RM24 bilion bila harga minyak dah diapungkan…boleh selamatkan duit. Kita beri balik kepada rakyat…ini subsidi tersasar.

“Subsidi kepada orang yang perlukan bantuan sahaja. Orang kaya-kaya tak perlukan subsidi. Ambil daripada orang kaya beri kepada orang miskin,”.

Beliau meminta masyarakat India di kawasan Parlimen Permatang Pauh supaya mengundi calon BN Suhaimi Sabudin pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh 7 Mei ini bagi menjamin masa depan yang lebih baik buat penduduk Permatang Pauh.

“Yang penting beri sokongan untuk beliau menang menjadi wakil rakyat. Kemudian dia akan memanggil pemimpin-pemimpin MIC bagi membincangkan masalah masyarakat India di Permatang Pauh…masalah perumahan yang tidak dilakukan kerajaan negeri Pulau Pinang, masalah kuil, dewan,”.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s