TSUNAMI CINA AKAN BERTRUKAR MENJADI TSUNAMI MELAYU.

Memang benar  tulisan  wartawan bebas dan berkredibiliti Joceline Tan di akhbar Sunday Star hari ini bahawa  kedudukan Datuk Seri Najib dalam parti adalah  mantap berbanding dengan Abdullah Badawi ketika menghadapi tekanan  dari  bekas Perdana Menteri Dr.Mahathir.

Keagungan  kemenangan terbesar BN di bawah PM Abdullah Badawi pada Pilihnarya  Umum 2004 runtuh  dalam pilihanraya 2008 yang dihadapinya  dengan keyakinan penoh kepada penerusan sokongan  rakyat sehingga beliau berani menaikan harga minyak dan tidak  memberikan manifesto kepada rakyat.

Abdullah tidak mempedulikan ancaman yang didatangkan oleh Dr. Mahahir yang melantiknya malah melakukan tindakan- tindakan yang menyakitkan hatinya termasuk membayar ganti rugi berjuta ringgit kepada hakim untuk menunjukan ketidakadilan Mahathir  dan membatalkan beberapa projek meganya.

Abdullah  percaya kemenangan besar 2004  itu seolah-olah kerana popularitinya tetapi sebenarnya berasaskan keyakinan rakyat kepada kemantapan  ekonomi dan maruah tinggi negara yang diwariskan oleh Dr. Mahathir.

Maka itu saya menyalahkan Dr. Mahathir diatas kemerosotan merudum  sokongan pada Pak Lah setelah beliau mengistiharkan kesilapan melantiknya sebagai Perdana Menteri.

Najib sekarang berada dalam keyakinan tinggi untuk mengekalkan pemerentahanya sehingga habis tempohnya diatas sokongan padu dari ketua-ketua bahagian dan anggota-anggota  MKT walaupun Mahathir menarik balik sokongan terhadapnya.

Najib tidak merasa terhutang budi kepada Mahathir  untuk  meneruskan projek yang pada Mahathir bersifat maruah negara (Jambatan Bengkok).  Beliau juga meruntuhkan tunggak kekuatan negara ISA yang keperluannya dirasakan kembali dengan menggantikannya dengan POTA. Kelihatannya sekarang  sebagai cuba memasak semula nasi yang sudah menjadi bubur.

Seperti juga Pak Lah,Najib berani memperkenalkan dasar -dasar yang mencabar rakyat seperti GST, menurun dan menaik harga minyak untuk populariti dan keuntungan sementara,cuba menaikan umur kelayakan mengeluarkan caruman  KWSP,menubuhkan National Unity Consultative  Council yang tidak berfungsi (memakan diri sendiri) dan slogan  1Malaysia yang tidak  tersemat di hati rakyat seperti ” Malaysia Boleh”, malah menimbulkan kemarahan orang Melayu.

Pada pertimbangan dan  pandangan saya,  rakyat Malaysia termasuk yang tinggal di luar bandar yang berkemampuan melancong keluar negara ( ke Bandung,  Vitenam,  Korea Selatan,  China, berulang alik ke Umrah dan lain-lain) dan  pagi petang di kedai mamak membuktikan mereka mempunyai wang yang lebih dari keperluan asas,malah apabila harga minyak  naik ramai membeli minyak yang lebih mahal ( R 97) sehingga stesen kehabisan minyak. Artinya  mereka mampu untuk membayar GST.

Maka itu kenapakah bantahan timbul di seluruh negara  bagitu hebat ?. Sebab utama ialah kerana rakyat hilang keyakinan kepada pengurusan kewangan negara . Apabila kerajaan hendak menaikan umur kelayakan mengeluarkan wang caruman KWSP, cakap-cakap di kedai mamak ialah kerajaan tidak ada wang  dan 1MDB telah meracuni pemikiran rakyat sehingga ke peringkat yang sukar untuk dipenawarkan.

Jentera jentera komunikasi  dan penerangan kerajaan tidak lagi berkesan kerana terlihat tidak profesional,hilang kebijaksanaan malah jentera yang sepatutnya terlihat bebas seperti JASA(Jabatan Hal Ehwal Khas)  telah menunjukan sikap bias dalam krisis parti UMNO. Umpamanya apabila Pengarah JASA secara langsung menunjukan sikap penglibatan terang-terangan  dalam  politik maka rakyat tidak melihatnya sebagai bebas dan hilanglah keberkesanannya.Bukanlah peranan JASA untuk mendapat sokongan  dalam parti tetapi rakyat di lapangan.

Ketika saya menjadi Menteri Penerangan,saya tidak membenarkan pegawai-pagawai JASA aktif dalam politik. Maka  apabila  Ketua Pengarah Jasa sendiri berpolitik,tidak mungkin dia  akan mendapat laporan  yang bebas dari pegawai-pegawainya  kerana mereka takut menjadi mangsa prajudis politik.

Mungkin pandangan saya ini dianggap sebagai tidak berasas  tetapi dalam kehidupan  sebagai rakyat biasa , pengunjung kedai mamak  setiap hari pagi dan petang , menemui manusia yang berbagai disamping masih mempunyai sumber sumber maklumat yang  boleh dipercayai , maka saya
mahu memberithau Datuk Seri Najib dengan sejujurnya bahawa  keyakinan rakyat kepadanya  berada pada tahap yang amat membimbang dan  dan amat menyedihkan perasaan saya.Saya nampak akan kemungkinan berlakunya Tsunami Melayu pada Pilihanraya Umum akan datang.

Saya bimbang pada nasib UMNO dan saya tidak bimbang pada nasib Najib. Sayang  sekali kepincangan parti-parti pembangkang sekarang tidak menjadi suatu peluang bagi membangkitkan semula kekuatan UMNO dan BN

Mungkin keputusan dua pilihanraya kecil Parlimen:  Permatang Pauh dan juga Rompin boleh dijadikan sebagai ukuran atau panduan samaada benar atau tidak maklumat dari saya. Jika berlaku kemerosotan undi BN di kedua kawasan parlimen itu maka Datuk Seri Najib  harus memberikan perhatian yang serius terhadap hala tuju beliau dalam perjuangan politik, samada untuk menyelamatkan diri dan isteri  atau parti.

Saya berdoa agar kedua pilihanraya ini tidak memberikan alamat bahawa Tsunami Cina akan bertukar menjadi Tsunami Melayu dan dengan itu,berasaskan hukuman  demokrasi Datuk Seri Najib boleh meneruskan kepimpinannya.

zamkata.blogspot.com
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s