Haram, berdosa undi calon tolak hudud.

Pas Kawasan Permatang Pauh menegaskan, mengundi calon yang menolak pelaksanaan hukum hudud merupakan sesuatu haram dan berdosa memandangkan Islam mencakupi seluruh perkara dalam kehidupan termasuk dalam soal politik dan memilih pemimpin.

Badrul Abdul Rahman berkata, umat Islam yang mempelajari asas agama akan memahami bahawa hudud adalah syariat Allah SWT dan yang wajib dilaksanakan ke atas umat Islam.

“Membantah dan mempertikaikannya akan merosakkan akidah umat Islam,”.

 Pas kawasan itu yang mengadakan mesyuarat agung pada 19 April lalu mencapai persetujuan supaya PKR berbuat demikian segera sekiranya mahu jentera mereka membantu kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh.
Badrul sekali lagi menegaskan, gesaan Pas kawasan itu yang mahu PKR memohon maaf atas kenyataan yang tidak menyokong hudud bukan pendirian peribadi Yang Dipertua Pas kawasan berkenaan iaitu Omar Hassan.

Perkara itu merupakan usul yang dibawa Dewan Pemuda Pas kawasan tersebut yang diterima sebulat suara dengan bahas dalam mesyuarat agung berkenaan.

Pembangkang be­risiko kehilangan undi ahli Pas dan pengundi atas pagar kerana Permatang Pauh adalah bumi yang subur dengan kuliah pengajian dan penduduknya juga kuat fahaman agama.

“Ini adalah luahan ahli dan pengundi atas pagar yang ditemui dalam beberapa siri turun padang oleh Pas kawasan dan cawangan,”.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s