Dr M selar gaya hidup ‘mewah’ PM dan isteri.

Tun Dr Mahathir Mohamad pertama kali mensasarkan isteri perdana menteri Rosmah Mansor secara langsung.

“Banyak perkara berkaitan tingkah laku peribadinya yang saya fikir tidak betul.

“Tetapi saya sedia abaikannya, kecuali gaya hidup dia dan isterinya,” katanya.

Isu Rosmah yang sering dituduh sebagai boros dan gemar membeli barangan mewah, turut mendapat perhatian akhbar antarabangsa New York Times.

Pejabat Perdana Menteri dilapor menyebut perbelanjaan mewah Najib dan keluarganya berpunca daripada harta pusaka.

Saudara kandungnya bagaimanapun mengeluarkan kenyataan bahawa allahyarham Tun Abdul Razak berjimat cermat.

Rosmah juga dispekulasikan menyebabkan hubungan Najib dan saudaranya berselisih. Bagaimanapun ia telah pun dinafikan.

Tak boleh lagi biarkan Najib

Dr Mahathir yang juga bekas presiden Umno berkata beliau tidak boleh lagi membiarkan Najib dalam isu syarikat pelaburan negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Bila dia tak boleh jelaskan ke mana bilion ringgit dibelanjakan, dan penglibatannya dalam pengurusan 1MDB yang menjadi tanda tanya rakyat, saya rasa dia sudah tak mampu menjadi perdana menteri negara ini,”.

Bekas perdana menteri itu berkata beliau bercadang mendedahkan bagaimana Najib kehilangan berbilion ringgit dalam tulisannya akan datang.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s