“Saya sedar saya keseorangan, Tun M”

Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengeluh bahawa beliau keseorangan ketika membangkitkan kritikan terhadap kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Bagi mewajarkan kritikannya itu, Mahathir berkata soalan berkaitan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) masih tidak berjawab dan ramai pihak masih bertanya kepadanya berkaitan kes pembunuhan Alttantuya Shaariibuu.

“Saya sedar saya keseorangan. Tetapi jika saya juga berasa bertanggungjawab kepada rakyat salahkah.

“Apabila duit rakyat hilang dan ini tersembunyi dari rakyat salahkah kalau saya tanya,” soalnya dalam tulisan blog terbaru berjudul “Soal tak jawab”.

Meneruskan asakannya, perdana menteri 22 tahun itu terus membangkitkan persoalan berhubung status wang 1MDB, syarikat pelaburan cetusan ilham Najib.

“Hakikatnya wang 1MDB ada di mana masih tidak dijawab, kata Dato Sri Najib wang itu tidak ada di Cayman Islands. Tetapi dulu mengaku ada di Cayman Islands dan sudah dibawa balik.

“Rakyat jadi lebih keliru. Jika tidak ada di Cayman Islands, ada di mana? Daripada mana datang wang yang separuh dibawa balik dahulu dan separuh dibawa balik untuk disimpan di Singapura.

“Kenapa perlu simpan duit yang bukan dari Cayman Islands dan tidak diguna untuk bayar faedah dua bilion. Kenapa kerajaan membuat standing credit sebanyak 900 milion (juta).

Najib pada 9 April lalu menegaskan tidak akan bertolak ansur bagi sebarang salah laku dalam pengurusan kewangan 1MDB mahupun mempertahankan mana-mana individu.

Atas pendirian itu, beliau mahukan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) dan Ketua Audit Negara agar menyegerakan siasatan terhadap sebarang salah laku dalam syarikat itu.

‘Ini soal nak gantung anak orang’

Isu Altantuya, beliau berkata tidak menuduh Najib tetapi terus membangkitkan soal arahan kepada bekas anggota elit polis itu yang disabit membunuh.

“Saya tidak tuduh Najib. Biasanya anggota polis atau tentera tidak tembak mati sesiapa melainkan diserang atau di arah.

“Ini soal nyawa manusia. Kalau salah, bunuhlah Sirul. Tetapi kalau menjalankan tugas, menurut perintah tidak adillah jika Sirul (Azhar Umar) dibunuh,”.

Najib pada 9 April juga sekali lagi menegaskan bahawa beliau tidak pernah mengenali Altantuya dan tidak terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan kematian wanita Mongolia itu.

Beliau pada 2008 telah melafazkan sumpah demi Allah “wallahi wabillahi watallahi” di sebuah masjid di Permatang Pauh pada 2008 berhubung dakwaan itu.

Mengulas berhubung pertemuannya dengan ibu Sirul, Mahathir berkata beliau bertemu dengan Piah Samat seperti kebiasaannya dengan pihak lain.

“Ramai orang datang jumpa saya. Jika keluarga Sirul nak jumpa, saya jumpa. Ini bukan soal lapan tahun dahulu. Ini soal nak gantung anak orang ini hari ini,”.

“Rakyat tidak tanya. Tetapi ramai tanya saya. Saya tak dapat jawab. Saya tanya orang yang boleh jawab.”

Piah pada 8 April lalu sudah pun bertemu dengan Tun M untuk membincangkan soal nasib Sirul yang kini ditahan di Australia selepas lari ke negara itu menjelang keputusan akhir kesnya di Mahkamah Persekutuan disabitkan.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s