Peluang PKR pertahan Permatang Pauh 50 %

DAP mula bermain psikologi menjelang hari penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh apabila mengatakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak akan menang mudah di kubu kuat mereka itu.

Setiausaha Agungnya yang belum disahkan jawatan, Lim Guan Eng, ketika ini kedua-dua parti yang bertanding di kerusi itu mempunyai peluang 50-50 untuk menang.

Permatang Pauh walaupun dikatakan ‘kubu’ PKR, namun keadaan berbeza apabila menghadapi pilihan raya kecil kerana seluruh tumpuan diberikan di kawasan berkenaan.

“Kita dapat lihat kesungguhan Barisan Nasional (BN) yang bergerak awal apabila Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah melawat kawasan itu “.

Berdasarkan maklumat, BN dan UMNO telah membuat persiapan awal dan per­kara itu membayangkan ten­tangan sengit yang bakal dihadapi PKR kali ini.

“Kita hanya akan lancarkan jentera PKR pada malam esok dan sudah pasti akan menggunakan isu cukai barang dan perkhidmatan (GST) sebagai modal kempen ke­lak,”.

Guan Eng yang ghairah membangkitkan apa yang dianggapnya sebagai krisis UMNO di Kedah susulan Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir diminta melepaskan jawatan, ba­gaimanapun enggan mengulas soalan mengenai krisis DAP-Pas.

Guan Eng juga tidak menjawab soalan bagaimana DAP akan be­kerjasama dengan Pas di Permatang Pauh setelah partinya memutuskan hubungan dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Hari lain saya jawab kerana saya terpaksa tinggalkan majlis ini untuk urusan lain,”.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: