‘Masa itu emas, maka beli jet baru’

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membawa banyak pembaharuan kepada negara terutama berkaitan perpaduan dan pemberian pelbagai bantuan bagi meringankan beban rakyat, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Antara perkara pertama yang dilakukan Najib ketika mengambil alih jawatan perdana menteri adalah memperkenalkan konsep 1Malaysia bagi menggalakkan perpaduan dalam kalangan rakyat.

“Tapi ramai yang salah ertikan dengan mengatakan ia menggalakkan pluralisme,” katanya pada majlis “Malam  Anugerah Kelab Media Kelantan Darul
Naim (Kemudi) 2014”.

Hadir sama Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan Datuk Makhtar Mustapha, Presiden Kemudi Azran Fitri Abdul Rahim dan Presiden Kelab Wartawan Terengganu (KAWAT) Ayob Mamat.

Najib juga telah memperkenalkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada golongan berpendapatan rendah kerana beliau mempunyai rasa ihsan yang tinggi.

Menyentuh tentang pembelian pesawat eksekutif Airbus Corporate Jetliner (ACJ320),ia adalah untuk  kegunaan rasmi Yang di-Pertuan Agong, perdana menteri dan menteri-menteri kanan.

“Ini adalah penting bagi mempercepatkan urusan kerajaan kerana bagi pemimpin, masa itu emas.

“Bagi saya, Najib dah memimpin dengan baik. Ketokohan beliau diiktiraf di luar negara dan beliau dihormati kerana kebijaksanaannya. Tapi dalam negara pun
beliau kena hebat juga tapi malangnya beliau dikritik hebat sejak akhir-akhir ini,” .

Mustapa berkata rakyat perlu memberi sokongan kepada Najib dalam meneruskan usahanya membangunkan negara.

“Saya orang lama, dah bertugas dengan tiga Perdana Menteri (Tun Dr Mahathir Mohamed, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Tun Razak). Saya pernah bertugas dengan Tun Mahathir dalam Majlis Tindakan Ekonomi Negara. Banyak gelaran (tidak baik) yang orang beri kepada beliau (Tun Dr Mahathir).

“Tapi kami pertahankan beliau (Tun Dr Mahathir) sebab kami fikir beliau paling layak meneraju. Selepas itu Pak Lah (Tun Abdullah) pula. Beliau juga banyak jasa (termasuk) memberi kebebasan kepada media,”.

– Bernama

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s