BIAR LA NUHA BERTANDING, KAK WAN JAGA CUCU JADI LA!

Aduhai!!! Kenapa la Si Wan Azizah ni nak sibuk juga bertanding dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Permatang Pauh tu? Takkan la dia masih tak sedar yang dia dah semakin Tak Relevan?
Tak sudah – sudah lagi ke dia nak Gila Jawatan? Sedangkan dia jadi ADUN pun satu hapah kerja dia tak mampu nak laksanakan, inikan pulak dia nak jadi calon Ahli Parlimen. Makin teruk la jadinya.
Kita ingatkan, Si Wan Azizah tu sedar dengan keadaan semasa. Tapi lain pulak dari apa yang didedahkan melalui sumber dalaman PKR tu sendiri. Katanya, Si Wan Azizah tu masih berhajat nak bertanding.
Si Wan Azizah tu perlu sedar. Sentimen dikalangan rakyat sudah semakin hebat memperkatakan mengenai kerusi Parlimen Permatang Pauh tu menjadi hak milik keluarga Si Ketua Penipu tu.
Dia juga perlu sedar, rakyat dah muak dengan Politik Longkang yang dijaja oleh puak – puak PKR tu selama hari ini. Jawatan nak, tapi kerja satu hapah pun diorang tak mampu nak laksanakan.
Kalau setakat tau nak memperjuangkan kepentingan suami dia yang dipenjarakan kerana meliwat Bekas Pembantu Peribadi tu je kerjanya, baik tak payah jadi wakil rakyat. Buang masa je.
Kot kalau betul kerusi Parlimen Permatang Pauh tu nak dikekalkan sebagai kerusi Legasi Si Ketua Penipu tu, bagi la peluang buat Si Nurul Nuha tu untuk bertanding. Yang Si Wan Azizah ni nak sibuk kenapa?
Macam dah takde orang lain dalam keluarga Si Ketua Penipu tu yang mampu untuk mempertahankan kerusi Si Ketua Penipu tu di Permatang Pauh. Macam Si Nurul Nuha tu tak layak pulak.
Baik Si Wan Azizah tu tumpukan perhatian dia kepada pemulihan parti. Jangan biar parti sendiri dalam keadaan kucar kacir. Si Wan Azizah tu bukan tak tau kemelut dalaman parti dia sendiri.
Apa gunanya dia jadi Presiden kalau masalah dalaman parti tu dia tak mampu nak selesaikan? Isu berkaitan dengan pemilihan parti tempoh hari pun masih tak selesai sampai hari ini.
Jadi, tak payah la Si Wan Azizah tu sibuk sangat nak jadi calon dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Permatang Pauh kali ini. Bagi la kerusi tu pada Si Nurul Nuha. Suruh Si Wan Azizah tu duduk kat rumah, jaga anak cucu lagi baik!!! Jangan buat kerja yang bukan – bukan!!!
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: