Bela bekas pekerja awam.

NAJIB TUN RAZAK bersalaman dan beramah mesra bersama para pesara

Datuk Seri Najib Tun Razak optimis Yayasan Pesara Kerajaan Malaysia dapat berpe­ranan sebagai wadah untuk menjaga kebajikan dan penghubung antara kerajaan dan para pesara.

Kebajikan 750,000 orang pesara di seluruh negara akan lebih tersusun dalam sebuah organisasi khusus dan dapat dibantu dengan sewajarnya oleh kerajaan.

“Yayasan ini juga boleh diajak berunding dan sama-sama merumuskan sesuatu perkara supaya soal kebajikan pesara kerajaan dapat dipertimbangkan oleh kerajaan mengikut kemampuan kita,”.

Beliau berkata demikian ketika berucap melancarkan Yayasan Pesara Kerajaan Malaysia dan me­rasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Keempat Kelab UMNO Pesara Kanan Kerajaan Malaysia di sini hari ini.

Turut hadir bersama, Pengerusi Yayasan Pesara Kerajaan Malaysia, Tan Sri Dr. Aseh Che Mat dan Ke­tua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal.

Pelbagai isu lain berkaitan kebajikan pesara kerajaan boleh disampaikan kepada kerajaan antaranya berhubung isu perumahan dan per­khidmatan kesihatan dengan lebih mudah.

Sebagai permulaan, kerajaan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM5 juta bagi menjalankan pelbagai aktiviti dan program untuk pesara kerajaan di seluruh negara.

Sambutan orang ramai terhadap perkhidmatan awam semakin baik malah, jumlah yang memohon bagi setiap kekosongan jawatan mendapat permintaan berlipat kali ganda berikutan skim pencen yang diamalkan di negara ini.

“Bagi pengambilan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) sahaja saya diberitahu untuk 300 kekoso­ngan jawatan, jumlah yang memohon lebih 100,000 tetapi yang layak hanya 70,000 orang malah, ada dalam kalangan mereka berkhidmat dalam sektor swasta tetapi mahu berkhidmat dalam kerajaan sebagai PTD.

“Kalau skim kita tidak baik, saya tidak fikir jumlah yang memohon begitu banyak untuk menjadi PTD dan penjawat awam,”.

Kerajaan sedia ada juga akan bertambah lebih kuat sekira­nya semua pesara kerajaan dan penjawat awam yang berjumlah lebih 2.3 juta orang memberi soko­ngan penuh kepada pentadbirannya.

Jumlah yang besar itu juga boleh menentukan hala tuju negara.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: