Hadi jangan gentar umum pendirian

Menentukan kedudukan Pas dalam pakatan pembangkang

Abdul Hadi Awang

Tidak kira walau apapun keputusan mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pas Pusat esok termasuklah mengumumkan keluar daripada pakatan pembangkang, parti itu perlu bersedia menghadapinya.

Rata-rata pemimpin Pas negeri menggesa pucuk pimpinan parti itu yang diketuai Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang agar tidak gusar untuk mengumumkan sebarang pendirian kerana yakin parti itu tetap kuat walaupun tidak berada dalam pakatan pembangkang.

Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Perak, Norazli Musa, beliau menghormati apa juga keputusan yang akan dibuat oleh pucuk pimpinan Pas terutama Presiden parti itu kelak.

“Sebagai ahli Pas, saya akur keputusan yang akan dibuat oleh kepimpinan Pas dalam isu itu sama ada keluar atau kekal dalam pakatan.

“Kalau keputusan Pas untuk keluar pakatan itu dibuat tentunya datang daripada kematangan mereka. Ini kerana, mereka lebih berpengalaman dalam menentukan masa depan Pas,”.

Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa mengumumkan bahawa Pas akan mengadakan mesyuarat dan mengumumkan pendirian parti berhubung masa depan dalam pakatan pembangkang esok.

Ketua Penerangan Pas Kedah, Muhammad Sanusi Md. Nor menegaskan, DAP harus menyedari bahawa mereka tidak ‘sebesar mana’ jika hendak diban­dingkan dengan Pas.

“DAP sebenarnya tidak ada hak untuk mengarahkan Pas keluar daripada pakatan pembangkang kerana parti itu bukanlah tauke pakatan. Mereka hanya perlu tutup mulut dan jangan mengganggu hal dalaman Pas.

“Kita serahkan segalanya kepada pucuk pimpinan dan Pas perlu menyatakan pendirian,”.

Pesuruhjaya Pas Wilayah Persekutuan, Mohamad Noor Mohamad pula berkata, Pas telah membuat ketetapan dalam muktamar bahawa parti itu tidak akan keluar daripada pakatan pembangkang.

“Mereka (DAP) tidak ada hak mengarahkan Pas keluar daripada pakatan. Kalau mereka rasa tidak suka, sila keluar daripada pakatan,”.

Pada masa sama, Setiausaha Pas Pahang, Roslan Zainal menyatakan, secara peribadi beliau belum dapat membayangkan parti itu perlu keluar ataupun tidak daripada pakatan ekoran perselisihan pendapat dengan DAP berhubung isu hudud.

Perselisihan pendapat yang berlaku antara Pas dan DAP adalah masalah dalaman yang boleh diselesaikan secara diplomasi tanpa perlu memecahbelahkan hubungan yang telah dijalin oleh dua parti itu sejak sekian lama.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: