PKR fail usul tergempar pecat IGP ???

PKR memfailkan satu usul tergempar bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) untuk membahaskan mengenai tindak-tanduk Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan seterusnya memecatnya kerana penggunaan Akta Hasutan terhadap anggota parlimen.

Sim Tze Tzin (PKR-Bayan Baru) memfailkan usul tersebut hari ini di pejabat Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

“Sehingga kini, seramai 36 anggota parlimen, pensyarah, mahasiswa dan aktivis sosial telah didakwa, ditahan dan disoasiasat oleh polis dengan menggunakan Akta Hasutan,”.

Beliau berkata nama baik Malaysia boleh “terjejas” sekiranya Khalid meneruskan mengetuai pasukan keselamatan itu.

Pandikar akan memutuskan usul itu esok atau minggu depan sama ada ia boleh dibahaskan atau tidak.

*** Soalan Admint untuk korang – Korang kerajaan ke senang-senang nak pecat IGP ??

Leave a comment