Hudud: Speaker tentukan sempat 
atau tidak dibentangkan di Parlimen

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kasim berkata, ini kerana rang undang-undang persendirian itu perlu menunggu giliran rang undang-undang yang sedang dan akan dibahaskan di Dewan Rakyat ketika ini.

“Keputusan untuk membawa rang undang-undang persendirian itu ke Dewan Rakyat bergantung kepada Speaker. Bagaimanapun, melihat kepada senarai yang akan dibahaskan nanti, saya masih tidak nampak rang undang-undang persendirian tersebut.

“Ketika ini, kita masih ada rang undang-undang daripada kerajaan yang perlu didahulukan seperti melibatkan isu dadah dan jenayah,”katanya  ketika ditemui di lobi Parlimen di sini hari ini.

Beliau mengulas tentang notis usul membentangkan Rang Undang-undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) yang telah pun diserahkan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kepada Dewan Rakyat pada 18 Mac lalu.

Notis itu didedahkan Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke di Parlimen hari ini dan disahkan sendiri oleh Ketua Penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar.

Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Seri Ronald Kiandee berkata, sebarang usul membawa rang undang-undang persendirian ke Dewan Rakyat memerlukan masa 14 hari untuk diproses, bermula dari tarikh diterima.

“Kalau usul penting seperti yang dibawa oleh kerajaan, maka lebih cepat iaitu dalam dua atau tiga hari. Jika ada banyak usul kerajaan maka harus didahulukan,”.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: