Ku Li cadang ahli Parlimen isytihar harta ??

Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah berkata pengisytiharan harta itu perlu dibuat secara berkala dengan penubuhan sebuah badan bebas yang dibentuk melalui Akta Parlimen. Pemimpin Veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah mencadangkan agar ahli Parlimen melakukan pengisytiharan harta bagi mengelakkan berlakunya pertelingkahan kepentingan.

Ahli Parlimen Gua Musang itu berkata, pengisytiharan harta itu perlu dibuat secara berkala dengan penubuhan sebuah badan bebas yang dibentuk melalui Akta Parlimen.

“Satu perkara yang ada hubung kait dengan pertelingkahan kepentingan dan sedikit sebanyak boleh membantu mengatasinya ialah pengisytiharan harta dan liabiliti.

“Pengisytiharan ini hendaklah merangkumi ahli Kabinet dan ahli Parlimen dahulu dan sekarang serta juga mereka daripada sektor awam dan swasta di peringkat mempunyai kuasa membuat keputusan, dahulu dan sekarang,” katanya, ketika menyampaikan ucapan membahaskan titah Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah di Dewan Rakyat, Parlimen hari ini.

“Pengisytiharan ini hendaklah dibuat secara berkala dan disimpan oleh sebuah badan bebas yang diwujudkan melalui Akta Parlimen,”

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang juga menteri kewangan tidak seharusnya mempunyai masalah pertelingkahan kepentingan.

“Perdana menteri dan menteri kewangan sekali-kali tidak harus berada dalam keadaan di mana terdapatnya pertelingkahan kepentingan.

“Barang diingat pertelingkahan kepentingan ini merupakan suatu masalah serius, perkara ini mungkin diterima oleh Dewan Rakyat selama ini merupakan sesuatu yang tidak baik kepadanya,” katanya, yang lebih mesra dengan panggilan Ku Li.

Susulan ucapannya itu, Ahli Parlimen Kluang Liew Chin Tong bertanyakan kepada Ku Li sama ada terdapatnya keperluan untuk melakukan pemisahan antara jawatan perdana menteri dan kementerian kewangan oleh individu yang sama.

“Adakah Yang Berhormat Mulia bersetuju perkara ini tidak harus terjadi, perlu pengasingan antara perdana menteri dan kementerian kewangan,” kata Liew.

Ku Li berkata, perkara itu terpulang kepada individu tertentu dan adalah hak seseorang itu untuk menjawat seberapa banyak jumlah jawatan yang diingininya.

“Itu bergantung kepada cara pemerintahan dan cara Kabinet itu dibentuk.

“Kalau nak pegang 10 jawatan itu hak dia, kita cuma nak tahu kompeten atau tidak orang nak pegang banyak jawatan ini,”.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s