“Jabatan Penjara tolak permohonan Anwar”.

Permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk hadir pada sesi sidang Dewan Rakyat, bagi penggal ke-13 bermula hari ini sehingga 9 April, ditolak mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Penjara 1995.

Komisioner Jeneral Penjara, Datuk Seri Zulkifli Omar berkata, surat penolakan berkenaan juga sudah dihantar kepada anak Anwar, Nurul Izzah dan tetuan Daim & Gamany yang mewakilinya pada Rabu lalu bagi memaklumkan keputusan Jabatan Penjara.

“Saya selaku Komisioner Jeneral Penjara telah membuat pertimbangan dan memutuskan untuk tidak meluluskan permohonan tersebut berdasarkan kepada Seksyen 31 (1) (a) Akta Penjara 1995,” .

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan permohonan Anwar ke Parlimen ditolak kerana selaku banduan, beliau tertakluk kepada akta, peraturan dan prosedur penjara sama sebagaimana layanan ke atas banduan lain.

Sebelum ini pelbagai pihak mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan tegas jika Anwar mendapat layanan istimewa berbanding banduan lain semasa dalam penjara, kerana perbuatan itu jika benar-benar berlaku disifatkan sebagai perbuatan tidak profesional.

Suami kepada Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail itu dijatuhi hukuman penjara lima tahun setelah didapati bersalah meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan pada 2008 selepas melalui proses perbicaraan yang begitu lama.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: