“Ambil berat masalah gugat kesatuan umat Islam”.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mahu masyarakat Islam mengambil berat permasalahan yang boleh menggugat kesatuan dan perpaduan umat Islam di negara ini.

Punca-punca permasalahan itu harus diselesaikan secara tuntas agar ia tidak berulang kembali bagi membawa kesejahteraan bukan saja kepada umat Islam, tetapi juga kepada seluruh rakyat di negara ini.

“Tidak bersalahan untuk saya nyatakan bahawa, kesejahteraan yang dianjurkan dalam Islam bertitik tolak daripada prinsip kasih sayang iaitu rahmah.

“Sesuai dengan sabda baginda Rasulullah SAW bahawa seseorang kamu tidak benar-benar beriman sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri,” ketika beliau berucap pada majlis Anugerah Dakwah Negara (ADN) di sini, malam ini.

Kejayaan Nabi Muhammad menyatukan masyarakat ketika mentadbir Madinah seharusnya diteladani dalam mentadbir rakyat pelbagai kaum di negara ini.

“Kemajmukan umat yang wujud di Malaysia bukanlah suatu yang tidak pernah ditempuhi oleh baginda Rasulullah SAW,”.

Usaha untuk mengembangkan syiar Islam dan memperkasanya dalam negara ini adalah selaras dengan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Negara.

“Saya yakin dan percaya, dakwah menjadi antara faktor utama yang menyumbang kepada kemajuan sumber manusia yang holistik. Islam melalui dakwah sudah melahirkan umat Islam yang berperanan untuk menyumbang secara positif kepada negara di pelbagai peringkat dan lapangan,”.

Justeru, Najib berkata tema Program Dakwah Negara iaitu ‘Kasih Sayang Disemai, Perpaduan Dituai’ anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) bertepatan bagi mencapai usaha melahirkan kesejahteraan dalam kalangan umat Islam sebagai contohnya, di Malaysia.

“Kepentingan dan keutamaan kesatuan dan perpaduan umat amat jelas apabila Allah SWT melarang kita daripada berpecah belah serta menekankan peri pentingnya persaudaraan di dalam Islam,”.

Pada majlis itu, Presiden Malaysian Relief Agency (MRA), Datuk Dr Abdul Razak Kechik, 67, diumum pemenang Anugerah Pendakwah Negara manakala Anugerah Pendakwah Wanita disandang pakar perunding mata dan Pengarah Pusat Lasik Mata, Pusat Perubatan Prince Court, Prof Dr Muhaya Mohamad, 54.

Dengan cogankata ‘Islam Itu Persaudaraan’ untuk menyatupadukan umat Islam, Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) memenangi kategori Anugerah Pendakwah NGO manakala Imam Muda Muhamad Asyraf Mohd Ridzuan dipilih sebagai Anugerah Pendakwah Muda.

Anugerah Pendakwah Saudara Kita diberikan kepada Ketua Pegawai Dakwah Islamic Information and Services Foundation (IIS, ) Shah Kirit Kakulal Govindji dan Anugerah Pendakwah Seni Hiburan disandang oleh kumpulan nasyid Raihan.

Semua pemenang bagi setiap kategori masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM15,000 dan sijil penghargaan serta hadiah iringan.

Anugerah julung kali diadakan sebagai penutup kepada program dakwah negara bagi meraikan penubuhan 40 tahun yayasan dengan kerjasama Institut Wasatiyah Malaysia (IWM).

Yang Dipertua YADIM, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata anugerah itu adalah satu program untuk meraikan ‘orang-orang dakwah’ yang selama ini mungkin kurang dikenali walaupun mereka memberikan sumbangan besar kepada masyarakat melalui aktiviti dakwah.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s