“Petunjuk PPPM berhasil – Peningkatan pencapaian Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia 2014”

PUTRAJAYA 2 Mac – Peningkatan pencapaian Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2014 menunjukkan usaha kerajaan memperkasa pendidikan tingkatan enam melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) telah membuahkan hasil.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, perubahan dalam sistem pentaksiran STPM turut memainkan pe­ranan sebagai pemangkin kepada keupayaan warga sekolah untuk meningkatkan prestasi masing-masing.

“Keputusan STPM menunjukkan jurang pencapaian antara pelajar bandar dan luar bandar juga telah dikurangkan.

“Sistem serta dasar yang diamalkan Kementerian Pendidikan berjaya memberi peluang pendidikan berkualiti kepada semua lapisan masyarakat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan berkata, beliau berbangga dengan pencapaian pelajar dalam STPM yang menunjukkan peningkatan dari segi peratusan pelajar lulus penuh dan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK).

“PNGK negara telah meningkat daripada 2.57 pada STPM 2013 kepada 2.62 pada STPM 2014.

“Saya yakin semua ahli keluarga, guru dan masyarakat juga berasa bangga dengan keputusan ini,”.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: