“Lindsay Lohan muat naik ayat al-Quran”.

Artis jelita terkenal Amerika Syarikat memuat naik gambar ayat al-Quran berkaitan doa mendapat ilmu di akaun sosialya mencetuskan spekulasi bahawa beliau tertarik kepada Islam.

Pelakon, penyanyi dan model kelahiran New York itu memuat naik ayat al-Quran dalam bahasa Arab dengan terjemahan Inggeris yang memohon Allah memberi ilmu bermanfaat kepada manusia.

Maklumat bergrafik yang dimuat naik di Instagram semalam dihiasi dengan gambar pemandangan lautan dengan langit yang menguning.

https://instagram.com/p/ztO3HApc2C/embed/?v=4
Rata-rata pengguna Internet menyambut status terkini itu dengan ungkapan “alhamdulillah” dan “amin”.

“Jika anda masuk Islam, helo kami dan jika tidak Allah maha memberi hidayah,” tulis seorang pengguna dikenali sebagai refaa_oufi dalam bahasa Inggeris.

Bagaimanapun terdapat juga komen dalam bahasa Melayu yang agak nakal dan sempat bergurau ekoran perkembangan itu.

budiwahyudii: Semoga dapat hidayah cuuuuk.

shahrin_shahrudin: Tu dia, tu dia, tu dia, Kak Linda Jappaq… Kalau hang pakai tudung sure (pasti) meletup kak. Hot gitu.

Lohan masih belum mengulas berhubung perkara itu walaupun gambar itu sudah digemari hampir 30,000 orang di Instagram.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s