“PetroSaudi perjelas urus niaga dengan 1MDB”.

PetroSaudi International telah menjelaskan yang semua dana daripada 1Malaysia Development Bhd (1MDB) pergi kepada entiti milik Petrosaudi dan sebarang andaian lain adalah palsu.

Syarikat itu berkata demikian sebagai respon kepada laporan media tertentu yang didakwanya membuat tuduhan berniat jahat dan berbahaya, berhubung perkongsiannya dengan 1MDB.

“Selepas 1MDB keluar, PetroSaudi telah membayar 1MDB dengan penuh dan kedua-dua pihak tidak lagi mempunyai sebarang hubungan kewangan atau perundangan,” syarikat penerokaan dan pengeluaran minyak milik persendirian itu dalam satu kenyataan semalam.

PetroSaudi juga berkata, ia sedang mendapatkan nasihat guaman untuk tindakan sewajarnya bagi menangani tuduhan berniat jahat dan fitnah terbabit, tetapi ia tidak menjelaskan laporan media manakah yang dirujukkannya itu.

– Bernama 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s