“K’jaan perlu sokongan bantu miskin bandar”.

Kerajaan memerlukan sokongan dan penglibatan sektor swasta serta badan bukan kerajaan (NGO) bagi memperkasakan lagi usaha membantu golongan miskin di bandar.

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata isu melibatkan permasalahan ekonomi dan sosial di kawasan bandar sentiasa mendapat perhatian kerajaan seperti menangani isu perumahan, mewujudkan peluang pekerjaan dan kos sara hidup.

“Untuk meluaskan penglibatan golongan berkepentingan dalam mengatasi masalah ini, sumbangan pihak swasta dalam mengatasi masalah ini secara lebih efektif amat dialu-alukan,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran bangunan dan Pusat Hemodialisis Yayasan Kepong di Kuala Lumpur, malam tadi.

Beliau berkata isu utama ialah bagaimana hendak membela nasib golongan yang tidak bernasib baik terutama golongan miskin bandar kerana mereka menghadapi kos sara hidup tinggi dan pelbagai pembiayaan yang membebankan.

“Inisiatif pucuk pimpinan kerajaan menerusi dasar transformasi dan intervensi telah dapat mengurangkan masalah rakyat,” .

Muhyiddin berkata usaha kerajaan dalam meningkatkan ekonomi, menambah pendapatan rakyat, menyediakan peluang pendidikan dan kemahiran kepada masyarakat, memerlukan dokongan pelbagai pihak.

Beliau berkata projek yang mempunyai tujuan murni seperti yang diusahakan oleh Yayasan Kepong ini tidak harus gagal, lebih-lebih lagi ia merupakan NGO yang diasaskan oleh tokoh-tokoh UMNO.

Usaha ini juga membuktikan bahawa UMNO bukan saja mementingkan isu politik, sebaliknya sentiasa membela nasib bangsa yang lemah, miskin dan terdesak sejak dulu.

“Ia menjadi isu utama perlu ditangani dengan bijak… UMNO bukan saja (mementingkan) politik saja, malah membela mereka yang memerlukan selari dengan hasrat kerajaan mendahulukan rakyat, mengutamakan kepentingan rakyat yang perlukan sokongan kita,”.

Pada majlis sama, Pengerusi Yayasan Kepong, Datuk Rizuan Abd Hamid berkata pihaknya menyasarkan kutipan dana sebanyak RM4 juta untuk penubuhan pusat hemodialisis selain turut merancang membina bangunan yayasan yang akan menempatkan dewan utama, bilik seminar, bilik operasi, pejabat, gimnasium dan kafe.

“Sehingga malam ini kita telah berjaya mengutip dana hampir RM4 juta dan diharap yayasan akan terus menerima sumbangan bagi merealisasikan hasrat untuk membantu rakyat ini,” katanya yang juga Ketua UMNO Bahagian Kepong.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s