Polis, SKMM serbu portal, tiga editor ditangkap.

Lebih 10 pegawai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan polis telah menyerbu pejabat portal berita The Malaysian Insider (TMI) di Petaling Jaya. Tiga editor kanan portal berita itu ditangkap untuk siasatan bawah Seksyen 4 Akta Hasutan and Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia. Editor urusan Lionel Morais, editor berita edisi Melayu Amin Iskandar dan…

Hadi jangan gentar umum pendirian

Menentukan kedudukan Pas dalam pakatan pembangkang Tidak kira walau apapun keputusan mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pas Pusat esok termasuklah mengumumkan keluar daripada pakatan pembangkang, parti itu perlu bersedia menghadapinya. Rata-rata pemimpin Pas negeri menggesa pucuk pimpinan parti itu yang diketuai Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang agar tidak gusar untuk mengumumkan sebarang pendirian kerana yakin parti…

Razak Baginda dibebas selepas ‘kajian mendalam’

Kerajaan tidak merayu terhadap pembebasan Abdul Razak Baginda daripada pertuduhan bersubahat dalam pembunuhan Altantuiya Shaariibuu kerana tiada keterangan kukuh bagi membuktikan penglibatan penganalisis politik itu. Perdana menteri berkata keputusan tidak memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam itu dibuat selepas “kajian mendalam” dilakukan oleh Jabatan Peguam Negara. “Oleh yang demikian, keputusan telah dibuat untuk…

Hudud: Speaker tentukan sempat 
atau tidak dibentangkan di Parlimen

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kasim berkata, ini kerana rang undang-undang persendirian itu perlu menunggu giliran rang undang-undang yang sedang dan akan dibahaskan di Dewan Rakyat ketika ini. “Keputusan untuk membawa rang undang-undang persendirian itu ke Dewan Rakyat bergantung kepada Speaker. Bagaimanapun, melihat kepada senarai yang akan dibahaskan nanti, saya masih tidak…

DAP putus hubungan dengan Presiden Pas

DAP mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan dengan Pre­siden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang disifatkan tidak bermaruah dan jujur berikutan tindakan parti itu bertegas mahu melaksanakan hudud di Kelantan. Setiausaha Agung DAP yang belum disahkan jawatannya, Lim Guan Eng berkata, pengkhianatan Abdul Hadi bukan saja dalam isu hudud, malah dalam isu pencalonan Datin Seri…

PKR fail usul tergempar pecat IGP ???

PKR memfailkan satu usul tergempar bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) untuk membahaskan mengenai tindak-tanduk Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan seterusnya memecatnya kerana penggunaan Akta Hasutan terhadap anggota parlimen. Sim Tze Tzin (PKR-Bayan Baru) memfailkan usul tersebut hari ini di pejabat Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia. “Sehingga kini, seramai 36…

K’jaan mohon bajet tambahan RM2.39b

Kerajaan membentangkan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2014) bagi memohon belanjawan tambahan kedua untuk tahun ini, kali ini berjumlah RM2.2 bilion. Rang undang-undang itu dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini. Daripada jumlah RM 2.2 bilion kali ini, sebanyak RM 1.2 bilion diperuntukkan bagi Perbendaharaan, RM428 juta untuk Kementerian Pendidikan dan RM287 juta untuk Jabatan Perkhidmatan Awam….

“Sultan Ibrahim ampun 10 banduan, bebaskan pesalah juvenil”.

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan memberi pengampunan kepada 10 banduan yang menjalani hukuman mati atas pelbagai kesalahan sempena Istiadat Kemahkotaan baginda. Hukuman terhadap semua banduan berkenaan diringankan menjadi penjara seumur hidup dan sepanjang hayat. Baginda juga berkenan memberi pengampunan dan pembebasan seorang banduan yang merupakan pesalah juvenil pada 2004 ketika disabitkan kesalahan membunuh…

Lee Kuan Yew meninggal dunia.

Pengasas Perdana Menteri Singapura Lee Kuan Yew meninggal dunia hari ini pada pukul 3.18 pagi di Hospital Besar Singapura, umum Pejabat Perdana Menteri. Beliau berusia 91 tahun. Menurut PMO, Perdana Menteri Lee Hsien Loong, anak mendiang Lee Kuan Yew amat berdukacita. Ia memetik Hsien Loong sebagai berkata prosiding pengebumian dan urusan tempat untuk orang ramai…

Ku Li cadang ahli Parlimen isytihar harta ??

Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah berkata pengisytiharan harta itu perlu dibuat secara berkala dengan penubuhan sebuah badan bebas yang dibentuk melalui Akta Parlimen. Pemimpin Veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah mencadangkan agar ahli Parlimen melakukan pengisytiharan harta bagi mengelakkan berlakunya pertelingkahan kepentingan. Ahli Parlimen Gua Musang itu berkata, pengisytiharan harta itu perlu dibuat secara…

MH370: Bungkusan tuala kecil MAS ditemukan di pantai Australia ??

CANBERRA 10 Mac – Satu bungkusan tuala kecil tertera logo MAS ditemukan di Pantai Barat Australia kini disiasat sekiranya tuala itu adalah dari pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang genap setahun hilang pada Ahad lalu. Portal berita Daily Mail yang memetik Nine News melaporkan, tuala kertas kecil itu ditemukan oleh sepasang suami isteri ketika berjalan-jalan…

“Polis tubuh pasukan khas siasat semua laporan penyelewengan akaun 1MDB “

Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menubuhkan pasukan khas bagi menyiasat semua laporan yang dibuat berhubung isu penyelewe­ngan dan salah laku terhadap akaun 1Malaysia Development Bhd. (1MDB). Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pasukan khas tersebut yang ditubuhkan beberapa hari lalu turut mendapat kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Peguam Negara bagi menyiasat sekiranya wujud…