Ku Li : Pembalakan tak terkawal punca banjir .

Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah tidak menolak pembukaan tanah pertanian dan aktiviti pembalakan tidak terkawal antara punca kejadian banjir besar melanda Kelantan akhir Disember lepas.

Beliau berkata kesan daripada kegiatan itu juga menjadi penyebab beberapa sungai utama khususnya Sungai Belatop di Lojing menjadi cetek dan mudah melimpahi tebing apabila hujan lebat pada musim tengkujuh.

“Saya tidak menolak kemungkinan banjir besar baru-baru ini berpunca daripada kegiatan berkenaan dan penduduk di kawasan rendah yang mudah dinaiki air di Hulu Kelantan perlu bersiap sedia menjelang musim tengkujuh akan datang,”.

Berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Wangi 2 di Gua Musang, hari ini.

Selain itu, Tengku Razaleigh yang juga Ketua UMNO Bahagian Gua Musang berkata penduduk Orang Asli di beberapa kampung sekitar Pos Brooke dan Lojing sebelum ini pernah menyuarakan kebimbangan mereka berhubung pembukaan tanah tidak terkawal itu.

“Suara mereka menjadi kenyataan dalam kejadian banjir besar baru-baru ini dan kita tidak menduga sama sekali kejadian berkenaan berlaku dengan begitu cepat sekali,” katanya.

Pihak berwajib sepatutnya membuat pemantauan rapi supaya setiap aktiviti pembukaan tanah dan pembalakan dilakukan mengikut cara terbaik.

– Bernama

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s