Jude Pereira: Biar rakyat hakimi ???

Satu laporan telah muncul yang mendakwa bagaimana Jude Pereira, Pegawai Penyiasat dalam kes Liwat II, telah diminta membuat kenyataan umum mendakwa ada konspirasi terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mereka yang disebutkan didakwa terlibat ialah Pengerusi MyWatch, R Sri Sanjeevan dan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan, yang pernah menjadi penaung badan pemantau jenayah itu.

Musa mengesahkan beliau menemui Pereira sebelum pilihan raya umum lepas pada tahun 2013 di rumah bekas ketua polis itu di Petaling Jaya.

Beliau kemudian dimaklumkan bahawa timbalan penguasa (DSP) itu telah diminta untuk membuat satu kenyataan akhbar yang memihak kepada Anwar.

Beliau menafikan bertanya kepada DSP itu sama ada terdapat konspirasi dalam kes ketua pembangkang itu seperti yang dikatakan dalam artikel yang disiarkan oleh blog Malaysia Today.

“Kita bercakap tentang masa dulu-dulu dan mengenai bagaimana Pereira mahu menjadi seorang peguam. Saya juga memberitahunya yang Sanjeevan mahu bertemu dengannya,”.

Kemudian Pereira memberitahunya bahawa dia bertemu dengan Sanjeevan yang memintanya mengeluarkan kenyataan akhbar mengenai adanya konspirasi terhadap Anwar.

Musa berkata apabila Pereira memberitahunya bahawa dia enggan berbuat demikian, beliau telah memuji pegawai polis atas pendiriannya itu.

Bekas IGP itu juga mendedahkan bahawa dia berpisah dengan Sanjeevan kerana Sanjeevan terlalu terlibat dalam politik.

Beliau telah meminta Sanjeevan supaya berhenti dari politik dan memberi tumpuan kepada NGO itu.

Apabila Sanjeevan tidak berbuat demikian, kata Musa, beliau meninggalkan MyWatch.

Menjawab satu soalan, Musa mengesahkan bahawa Sanjeevan rapat dengan Anwar. Ketika dihubungi kemudian, Sanjeevan enggan mengulas mengenai perkara itu.

Dalam artikel Malaysia Today itu, disiarkan apa yang didakwa tulisan tangan Pereira mengenai pertemuannya dengan Sanjeevan yang menyatakan dia akan “dijaga” sekiranya Pakatan Rakyat menang pilihan raya itu dan dia juga bercakap dengan Anwar melalui telefon.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s