Obama Minta Penjenayah Liwat Dibebaskan?

Kenyataan yang dikeluarkan Obama melalui satu surat yang berkepalakan pejabatnya di Rumah Putih, Washington mula menjadi viral di alam maya.

Antara lain kenyataan yang diviralkan adalah nasib buruk Anwar turut mendapat simpati Obama yang yakin hukuman yang dikenakan terhadap pengasas Parti Keadilan Rakyat itu adalah satu penganiayaan.

“Cuba tengok, betapa pemimpin dari negara Amerika pun bersimpati dan tahu apa yang berlaku ke atas Anwar. Kita sepatutnya malu apabila Obama sendiri mengeluarkan kenyataan menyokong Anwar dibebaskan,”.

Itu antara kenyataan yang menjadi mainan puak-puak penyong Anwar dalam usaha untuk meyakinkan orang ramai supaya bersatu mendesak kerajaan agar Anwar mendapat pembebasan.

Namun di sebalik viral memuji Obama, timbul persoalan dalam kalangan beberapa rakyat apakah kenyataan yang mencatatkan nama Obama itu benar-benar tulen?

Apakah tidak mustahil ada pihak yang mengadakan kenyataan tersebut semata-mata untuk menunjukkan bahawasanya Anwar adalah pemimpin yang rapat dengan Obama?

Fikir logik akal, banyak perkara pelik boleh dibuat-buat dengan bantuan computer yang semakin canggih. Bolehkah kita terima bulat-bulat surat itu memang datang daripada pejabat Obama dan kenyataan itu datang dari mulutnya sendir?

Kalau pun Anwar berkawan rapat dengan Obama, apa hak Presiden Amerika itu untuk mencampuri sistem perundangan negara? Hari ini Obama keluarkan kenyataan dan esok lusa tak mustail akan muncul kenyataan daripada pemimpin lain untuk tujuan sama.

Bukan hendak memperkecilkan hubungan Anwar dengan pemimpin bernama besar dari luar negara tetapi ada ketikanya memang sukar untuk mempercayai surat-surat atau kenyataan-kenyataan seperti ini.

Hakikatnya, kesahihan surat atau kenyataan seperti ini tidak ada siapa yang dapat buktikan. Obama langsung tidak layak untuk bercakap tentang hal Anwar apa lagi untuk membuat desakan membebaskan Anwar malah surat menggunakan kepala surat Rumah Putih, Washington yang ditandatangani Obama belum tentu betul.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s