“Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata PKR mungkin sudah terdesak untuk mencari penasihat”.

 

2015-02-12-11-09-57--121596066

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata PKR mungkin sudah terdesak untuk mencari orang yang boleh memberi nasihat kepada mereka, sehingga mereka menawarkan kedudukan itu, kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bagaimanapun Timbalan Perdana Menteri itu percaya Tun Dr Mahathir terlalu sebati ‘darah Umnonya’, iaitu parti yang dipimpinnya begitu lama, untuk menerima jawatan berkenaan jika ditawarkan.”…saya percaya begitu, walaupun beliau kritikal dalam isu-isu tertentu dalam politik mahupun pentadbiran kerajaan tapi saya percaya beliau ahli Umno yang sebati selepas menjadi pemimpin parti begitu lama,” katanya pada siding media selepas menghadiri Majlis Perjumpaan Pemimpin Bersama Rakyat Dewan Suarah Bau di sini hari ini.

Mungkin mereka (PKR) sudah rasa terdesak, tak ada siapa lagi yang boleh membantu jadi mereka terfikir Tun (Dr Mahathir),”  boleh. Beberapa blog semalam melaporkan sekumpulan anggota PKR yang berhimpun di hadapan Ibu pejabat PKR Tropicana memegang kain rentang yang mendesak pucuk pimpinan parti itu melantik Tun Dr Mahathir sebagai ketua umum PKR menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini menjalani hukuman penjara.

Semasa dirujuk mengenai persiapan Barisan Nasional (BN) untuk pilihan raya kecil kawasan Parlimen Permatang Pauh, Muhyiddin berkata ketika ini masih terlalu awal untuk memperkatakan hal itu. Ini kerana sehingga ini belum ada kenyataan rasmi daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai kekosongan kerusi Parlimen itu.Selasa lepas, Mahkamah Persekutuan mendapati penasihat PKR yang juga anggota Parlimen Permatang Pauh, Anwar, bersalah meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, dan mengekalkan keputusan serta hukuman penjara lima tahun yang dijatuhi Mahkamah Rayuan sebelum ini.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s