Nurul Nuha Bakal Calon PKR Di Permatang Pauh?

Sekalipun ramai pihak masih menunggu keputusan rasmi berhubung kekosongan kerusi parlimen Permatang Pauh, beberapa pemerhati politik melihat Nurul Nuha, anak kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim mula diketengahkan bagi meneruskan legasi keluarga itu di Permatang Pauh.

Nurul Nuha, 31, seorang suri rumah berkelulusan Ijazah Teknologi Seni dan Visual dari Universiti George Mason, Amerika Syarikat, diberikan “tugasan awal” dalam kempen terbaru perjuangan Anwar yang didakwa menjadi mangsa ketidakadilan.

Dalam sidang media di kediaman keluarga Anwar di sini Rabu, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nurul Izzah yang juga anak sulung Anwar memperkenalkan adiknya itu kepada pengamal media.

“Nurul Nuha akan memainkan peranan dalam kempen ‘March to Freedom’. Fokus (kami kini) adalah untuk menubuhkan sekretariat (untuk kempen) dan kami akan berurusan dengan beberapa pihak dan personaliti dalam soal ini dan mahu memastikan Nurul Nuha menjadi wajah (bagi kempen),”

Bagaimanapun beliau menolak untuk menjawab soalan wartawan sama ada kempen tersebut bertujuan menonjolkan adiknya di pentas politik.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s