“Jumlah Perdagangan M’sia Naik 5.9 Peratus Kepada RM1.5 Trilion Tahun Lepas – Muhyiddin”.

KUCHING, 12 Feb (Bernama) — Jumlah perdagangan Malaysia meningkat sebanyak 5.9 peratus kepada RM1.5 trilion tahun lepas berbanding RM1.4 trilion pada 2013, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin berkata nilai eksport juga meningkat sebanyak 6.4 peratus daripada RM46.1 bilion kepada RM766.1 bilion manakala nilai import naik sebanyak 5.3 peratus daripada RM34.3 bilion kepada RM683 bilion.

Berkata demikian pada majlis makan malam bersama ketua-ketua korporat dan peserta industri Sarawak, di sini, Khamis malam.

Pertumbuhan kukuh eksport itu telah menyumbang kepada lebihan perdagangan bagi 17 tahun berturut-turut.

“Lebihan perdagangan tahun lepas meningkat 16.6 peratus, satu peningkatan berbanding pertumbuhan negatif yang dicatatkan pada 2012 (-22.8 peratus) dan pada 2013(-25.7 peratus).

“Sektor pembuatan menyumbang RM587.3 bilion, peningkatan 7 peratus daripada RM39.1 bilion,”.

Menurut Timbalan Perdana Menteri dari 2010 sehingga September 2014, sejumlah 3,966 projek diluluskan di negara ini dengan pelaburan modal berjumlah RM259.9 bilion.

“Ini telah menjana 432,866 peluang pekerjaan,”.

Bagi Sarawak, beliau berkata daripada jumlah projek ini, 155 projek diluluskan dengan pelaburan modal sebanyak RM35.4 billion.

“Ini terdiri daripada pelaburan domestik sebanyak RM8.4 bilion dan pelaburan langsung asing sebanyak RM26.9 bilion. Ia menjana 20,039 peluang pekerjaan,”.

Muhyiddin juga berkata ASEAN merupakan rakan dagangan terbesar Malaysia yang menyumbang 27 peratus daripada jumlah perdagangan global.

“Jumlah perdagangan Malaysia dengan ASEAN pada 2014 berjumlah RM389.3 bilion.

“Eksport negara ke ASEAN pada 2014 berjumlah RM213.8 bilion manakala import berjumlah RM175.5 bilion,”.

Sementara itu beliau juga berkata Malaysia perlu menangani masalah kekurangan pekerja.

“Kita kini bergantung kepada lebih dua juta pekerja asing yang berdaftar. Kita juga mempunyai ramai pekerja tidak sah.

“Namun pada masa yang sama kita terus mempunyai lepasan sekolah dan kolej serta graduan universiti yang masih menganggur,”.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s