“Garis panduan baharu pengambilan guru Sabah, Sarawak diperkenal”.

Muhyiddin YASSIN hadir dalam  perjumpaan khas dengan warga Institusi Pendidikan Negeri Sarawak di PuMUHYIDDIN YASSIN hadir dalam perjumpaan khas dengan warga Institusi Pendidikan Negeri Sarawak di Pusat Konvensyen Borneo di Kuching, Sarawak, semalam.

KUCHING 12 Feb.– Kementerian Pen­didikan akan memperkenalkan garis panduan baharu dalam pengambilan kemasukan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari Sabah dan Sarawak untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP).

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pelaksanaan garis panduan itu dalam masa terdekat dijangka dapat menyelesaikan masalah kekurang an guru tempatan di kedua-dua negeri ini.

Beliau yang juga Menteri Pendidikan memberitahu, syarat-syarat kemasukan pelajar cemerlang lepasan SPM ke Institut Pendidikan Guru (IPG) dari Sabah dan Sarawak turut dilonggarkan agar mereka memilih bidang perguruan sebagai kerjaya pilihan.

“Kelonggaran minimum 5A diberikan kepada calon atau pemohon yang berasal dari Sabah dan Sarawak sejajar dengan hasrat kementerian mahukan 30 peratus lulusan SPM terbaik menyertai profesion perguruan.

“Pada masa sama, kita mene­tapkan syarat baharu minimum 7A bagi pelajar lepasan SPM dari Se­menanjung untuk memohon men­ceburi profesion perguruan mu­lai ta­hun ini,” katanya dalam sidang akhbar selepas mengadakan perjum­paan tertutup dengan Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem dan presiden-presiden parti komponen BN di sebuah hotel di sini hari ini.

Sebelum ini, kemasukan ramai guru dari Semenanjung mengajar di Sarawak telah dipolitikkan oleh pembangkang di dua negeri ini dengan mendakwa kerajaan sengaja menghantar guru dari Sarawak ke Semenanjung dan tidak memberikan keutamaan kepada guru tempatan untuk mengajar di negeri sendiri.

Muhyiddin berkata, seramai 5,293 lepasan pelajar SPM dari negeri ini telah mengemukakan permohonan mereka untuk melanjutkan pengajian ke IPGM pada tahun lalu.

“Daripada jumlah tersebut, seramai 1,713 pemohon berjaya melepasi tapisan awal dengan 665 orang calon layak ditemuduga.

“Akhirnya, seramai 398 calon dari Sarawak telah ditawarkan mengikuti PISMP pengambilan Jun tahun lalu di IPG di seluruh negara,” ujarnya.

Jika dibandingkan bilangan ca­lon yang berjaya, katanya, sebanyak 59.85 peratus pemohon dari Sarawak berjaya ditawarkan kemasukan mengikuti pengajian selama lima tahun di IPG.

Sepanjang lima tahun berada di IPG, bakal guru terbabit akan diberikan latihan pengkhususan dalam bidang tertentu agar mereka dapat menjadi guru terbaik apabila mengajar di sekolah nanti.

Kerajaan jika boleh memang ingin menempatkan lebih ramai guru tempatan di Sabah dan Sarawak bagi menjimatkan kos perpindahan, di samping kelebihan mereka dapat menyesuaikan diri dengan budaya masyarakat setempat.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: