“ASEAN di bawah Malaysia mahu persekitaran aman dan stabil”.

NAJIB TUN RAZAK menjawab soalan moderator, Dr. Surin Pitsuwan (kanan) pada Sidang Kemuncak ASEAN CAPNAJIB TUN RAZAK menjawab soalan moderator, Dr. Surin Pitsuwan (kanan) pada Sidang Kemuncak ASEAN CAP10 CEO di Hotel Majestic, di Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 12 Feb. – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, selaku pengerusi ASEAN, Malaysia akan memberi tumpuan untuk menyelesaikan masalah pertikaian wilayah dengan membentuk persekitaran hidup yang aman dan stabil kepada negara anggotanya.

Dalam memastikan objektif itu tercapai, ASEAN tidak boleh diminta untuk memilih di antara Amerika Syarikat (AS) dan China, kerana rantau ini sebenarnya sangat memerlukan sokongan daripada kedua-dua kuasa besar tersebut untuk kekal aman serta stabil.

Pada masa yang sama, Malaysia dan seluruh negara anggota ASEAN juga perlu mencari formula penyelesaian terbaik agar bersesuaian dengan konteks rantau ini dalam menangani ancaman ekstremisme dan radikalisme yang semakin ber­kem­bang di Asia Tenggara.

“Isu melibatkan Bangsamoro di selatan Filipina, pergolakan di selatan Thailand dan limpahan masalah dari Myanmar perlu diatasi kerana semua ini memberi kesan kepada keselamatan ASEAN,” katanya dalam sesi soal jawab pada Sidang Kemuncak ASEAN CAP10 CEO di sini hari ini.

Najib yang ditemuramah oleh be­­kas Setiausaha Agung ASEAN, Dr. Surin Pitsuwan berkata demi­kian ketika menjawab soalan bagaimana ASEAN di bawah kepemimpinan Malaysia akan menangani per­ma­salahan pertikaian wilayah antara negara anggota dan tuntutan China.

Kepada soalan bagaimana jurang pembangunan dalam kalangan negara-negara ASEAN dapat dirapatkan, beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, pembangunan lebih saksama dengan sokongan pihak swasta perlu diberi penekanan dalam usaha untuk merapatkan jurang berkenaan.

Dengan adanya kesanggupan daripada pihak swasta terutama peserta industri perniagaan dan institusi kewangan untuk melabur dalam sektor pembangunan infrastruktur di negara-negara anggota yang akan terkebelakang, dengan sendirinya jurang itu dapat dirapatkan.

“Infrastruktur merupakan per­ka­ra penting, kita perlu menjana lebih banyak modal untuknya. Kita mendapat beberapa petunjuk dari sumber berbeza yang menyatakan minat mereka dalam membiayai pembangunan infrastruktur.

“Saya ingin melihatnya (pela­bu­ran) ke beberapa negara yang ku­­rang pembiayaan dari segi infrastruktur,” katanya.

Dalam pada itu, Najib mengakui sebagai pemimpin sebuah negara berbilang bangsa seperti Malaysia yang kini dalam landasan tepat untuk muncul negara maju menjelang 2020, beliau memerlukan ca­baran kerana perkara itu akan mendorongnya untuk menjadi lebih baik.

Di sebalik harapan tinggi rakyat, cabaran mahu pun ujian berat yang melanda negara termasuk insiden pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 dan MH17, beliau masih lagi boleh melalui proses pentadbiran seperti sedia kala.

“Alhamdulillah saya masih boleh tidur pada waktu malam. Ia satu campuran, iaitu tekanan dan harapan tinggi tetapi kepada saya, adalah bagus untuk kita merasa sedikit tekanan kerana ia akan mendorong kita untuk cuba memenuhi pengharapan tersebut,”

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: