Lawatan Muhyiddin Ke Sarawak Hari Ini.

\2015-02-12-11-07-03--2066745863

KUCHING: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dijadualkan mengadakan lawatan ke Sarawak hari ini. Muhyidin yang juga Menteri Pendidikan akan ditemani isterinya Puan Sri Noorainee Abdul Rahman dijadualkan menghadiri beberapa program sepanjang lawatan beliau ke Kuching hari ini.

Beliau dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) dari KLIA pada jam 10 pagi ini sebelum bertemu dengan Ketua Menteri Tan Sri Haji Adenan Satem dan presiden-presiden parti komponen BN Negeri Sarawak.

Sementara itu, dalam masa yang sama, Puan Seri Noorainee dijadualkan melawat sekolah dalam Hospital Umum Sarawak (HUS) Kuching serta Majlis Perhimpunan Kakitangan HUS dan majlis makan tengahari di lokasi yang sama.

Pada sebelah petang pula, Tan Sri Muhyiddin pula dijadualkan menghadiri Majlis Perjumpaan Bersama Rakyat di Dewan Serbaguna Teng Bukap, Padawan dan Perjumpaan Khas Bersama Warga Institusi Pendidikan Negeri Sarawak di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK).

Tan Sri Muhyiddin juga dijadualkan akan menghadiri Majlis Pemimpin Bersama Warga Institusi Pendidikan Negeri Sarawak di sebuah hotel terkemuka di bandaraya ini pada sebelah malam nanti.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s