TPM ulangi pendirian kekal Akta Hasutan

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyokong Akta Hasutan dikekalkan bagi membendung usaha pihak tertentu yang cuba menghasut terutama membangkitkan perkara yang terkandung dalam perlembagaan negara.

Menurut timbalan presiden Umno itu, parti tersebut yang memperjuangkan agama, bangsa dan negara tidak akan sesekali berkompromi dengan pihak terlibat yang sengaja mencetuskan suasana tidak harmoni, lapor Sinar Harian.”Kita tidak akan berkompromi. Kalau ada pihak yang mencabar, apa lagi kalau Islam jadi sebahagian daripada Perlembagaan Negara, sudah jadi sebahagian penting dalam undang-undang. Kalau tidak boleh ungkit, jangan ungkit. Itu hasutan.”Kalau hasutan mesti ada undang-undang untuk bertindak terhadap mereka yang suka menghasut sehingga boleh menimbulkan porak-peranda dalam negara kita.”Sebab itu soal ini,secara peribadi, saya katakan Akta Hasutan itu mesti kekal,”. Akhbar itu  melaporkan beliau berkata demikian bagi menjawab mengapa Umno dilihat kurang menjawab asakan pihak tertentu apabila isu agama, bangsa dan kedaulatan raja-raja disentuh dan dipersoal secara terbuka melalui media sosial.

Sebelum ini, beliau dilapor berkata undang-undang bagi mencegah perbuatan menghasut seperti Akta Hasutan penting untuk dikekalkan bagi membolehkan tindakan tegas diambil terhadap pihak yang membuat kenyataan sehingga mengguris perasaan pelbagai kaum dan agama di negara ini.

Sementara itu, dalam laporan yang lain, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata tiada percanggahan pendapat antara Muhyiddin dengan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 11 Julai 2012 yang mahu akta itu dimansuhkan diganti dengan Akta Keharmonian Nasional. Akhbar itu melaporkan Hishammuddin berkata, kabinet masih konsisten dengan kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa sebarang penambahbaikan Akta Hasutan perlu bagi memastikan tiang seri negara dipertahan.”Jadi apa juga perkara yang kita nak bawa, sama ada melalui pindaan, wujudkan akta baru atau tukar dengan akta yang lebih kukuh, ia tak lari daripada hasrat memperkasakan apa yang terkandung dalam Akta Hasutan,” katanya yang juga naib presiden Umno.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s