BERSIH: Penjara setahun terlalu berat

Gabungan NGO BERSIH menyifatkan sabitan ke atas aktivis sosial Adam Adli Abdul Halim atas kesalahan mengikut Akta Hasutan serta hukuman satu tahun penjara adalah terlalu berat.

hukuman tersebut tidak akan menyekat masyarakat umum dari menyatakan pandangan yang bertentangan.

“Rakyat tidak akan berhenti dari menyatakan pandangan bertentangan terutama ke atas kerajaan yang semakin hilang kewibawaan untuk memerintah,” kenyataan itu dipetik.

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini mendapati Adam Adli bersalah atas tuduhan hasutan atas kenyataannya yang dengan menggesa kerajaan Umno/BN digulingkan.

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara setahun atas kesalahan tersebut.

Tiada bukti yang memadai untuk menunjukkan bahawa kenyataan Adam menyebabkan berlaku sebarang pergolakan atau keganasan.

Sedangkan, perdana menteri sudahpun mengumumkan bahawa akta tersebut akan dimansuhkan, dan peguam negara juga memutuskan untuk menyemak semula semua kes bawah undang-undang itu.

Oleh yang demikian, hukuman berkenaan dilihat mempersoalkan kewibawaan akta itu sendiri.

“Perkara yang sepatutnya dilakukan adalam menangguhkan semua pendakwaan dan prosiding mengikut akta tersebut sehingga satu perbincangan penuh dijalankan di Parlimen, sama ada ia patut diganti atau tidak.”

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s