Khairy tak setuju paksa penjawat awam sokong BN

 

Tidak adil membekukan laluan kerjaya penjawat awam yang tidak menyokong “parti kita”, kata  Khairy Jamaluddin.

prinsip berkecuali penjawat awam mesti dihormati kerana tugas mereka berbeza dengan pegangan politik yang dipercayai.

“Saya tidak paksa sesiapa sokong parti saya. Sudah pasti saya mahu mereka sokong parti saya, tetapi lebih baik mereka sokong secara sukarela.

“Apa guna kita paksa mereka bersorak dan mengangkat banner (kain rentang) sokongan kalau itu cuma satu lakonan?” katanya.

KJ menulis demikian dalam Facebook bagi menjelaskan sebuah laporan yang menurutnya boleh menyebabkan pihak tertentu mengambil kesempatan menuduhnya mempromosi musuh musuh dalam selimut.

 
tiada masalah mengambil penyokong Pakatan Rakyat bekerja dengannya jika terbukti individu itu berkebolehan tinggi.

Bagaimanapun Sidang Kemuncak Pemimpin Pelajar Malaysia (MSLS) kelapan di Kuala Lumpur, satu-satunya perkara dirisaukan berkaitan isu maklumat sulit.

Dinilai melalui teladan

hubungan mesra dengan profesional yang memberi kerjasama baik dan menyokong dasar kerajaan semasa serta tidak membawa unsur politik dalam tugasan perlu dikekalkan.

“Mungkin ada yang berfikiran konservatif yang tidak boleh terima pandangan saya ini. Bagi mereka, apa yang penting adalah kesetiaan total.

“Saya rasa pandangan sedemikian agak kuno pada zaman sekarang,”

tindakan hanya boleh diambil terhadap pembocor maklumat kerajaan dan membawa pegangan politik ke pejabat.

“Tetapi bagi mereka yang profesional dan hanya mahu buat kerja berkhidmat untuk negara, janganlah kita ada sangkaan yang buruk pada mereka atau cepat label mereka,”.

Beliau juga menjelaskan “hanya melalui teladan kita sebagai pemimpin akan orang menilai kita”.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s