Misi Bantuan KP1M yang diketuai oleh @azeezputera sekarang terkandas di Qantara iaitu 230km dari Gaza.

IMG-20140817-WA0046  IMG_20140817_205139_2053697333 IMG_20140817_205134_-2007223381

Mereka sekarang ditahan oleh pihak tentera Mesir dari memasuki Gaza di atas faktor keselamatan.

 

Pihak tentera memaklumkan semalam ada berlaku kes penculikan oleh puak pemisah di Utara Sinai yang melibatkan warga China. Puak pemisah tersebut menuntut untuk menukar mangsa dengan banduan yang ditahan.

 

Sekadar makluman, untuk ke Rafah kita perlu melalui Utara Sinai. Dan kawasan Utara Sinai pada waktu ini pula adalah kawasan yang agak merbahaya untuk dilalui.

 

Pihak tentera cuma memberi kebenaran untuk tiga orang yang dari rombongan misi ini masuk iaitu Dato’ Sri Abdul Azeez Abdul Rahim sebagai ketua misi, Dato Ku Jaafar Ku Shaari Duta Malaysia ke Mesir dan Dr Anwar H Al Agha Duta Palestin ke Malaysia. Mereka telah meneruskan perjalanan menaiki kenderaan khas tentera APC.

 

Walaupun sukarelawan lain hampa kerana tidak dibenarkan untuk masuk oleh pihak tentera, perkara yang melegakan, kesemua barang termasuk ubat-ubatan dan peralatan perubatan seberat 20 tan dibenarkan masuk.

 

Ucapan terima kasih kepada Dato’ Sri Abdul Azeez Abdul Rahim dan Dato Ku Jaafar Ku Shaari di atas usaha diplomasi sehingga pihak tentera Mesir memberi kelonggaran kepada rombongan misi bantuan kemanusian KP1M dari Malaysia untuk masuk. Jazakallahukhairan. 

 

Admin juga difahamkan Dato’ Sri Abdul Azeez Abdul Rahim benar-benar bertungkus lumus dari awal misi sehingga ke hari ini demi memastikan kesemuanya berjalan dengan lancar. Semoga Allah memudahkan urusan Dato’ Sri Abdul Azeez Abdul Rahim dan rombongan.

 

Mohon doa dari semua supaya misi ini berjaya supaya bantuan dapat disalurkan kepada rakyat Gaza yang sangat memerlukan.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s