‘SOSMA bolehkan pesalah MH17 dibicarakan di M’sia’

 

Peruntukan undang-undang di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) membolehkan dalang nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang terhempas di Donetsk, wilayah timur Ukraine, 17 Julai lepas, dibicarakan di negara ini.
    
Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar bagaimanapun berkata biarpun Akta SOSMA mempunyai peruntukan tersebut namun beberapa perkara masih perlu diselesaikan sebelum undang-undang tersebut dapat dilaksanakan.
    
“Mengikut peruntukan SOSMA, sebarang kesalahan jenayah terhadap Malaysia termasuk kesalahan di luar negara, kita (Malaysia) mempunyai hak untuk mengambil tindakan mengikut undang-undang negara ini,” katanya pada majlis rumah terbuka sempena Aidilfitri di Bangunan Dewan Undangan negeri (DUN) lama di Petra Jaya di Kuching hari ini.
    
Penerbangan MH17, yang membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal, terhempas selepas dipercayai ditembak jatuh oleh peluru berpandu oleh puak pemberontak ketika dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.
    
Wan Junaidi berkata tiga aspek perlu diberi perhatian sebelum Akta SOSMA dapat dilaksanakan iaitu mengenal pasti pelaku, mempunyai bukti dan memperoleh kebenaran pihak berkuasa negara asal pesalah sebelum dibawa dan dibicarakan di negara ini.

   

Berkata demikian ketika mengulas kenyataan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, bahawa Malaysia akan menyiasat nahas MH17 mengikut beberapa peruntukan undang-undang termasuk Akta SOSMA semasa proses perundangan siasatan insiden dilakukan.
    
Menjawab soalan sama ada akan timbul kebarangkalian perbicaraan mengikut Akta SOSMA tidak dapat dilakukan biarpun pesalah telah dibawa balik ke negara ini, Wan Junaidi berkeyakinan perkara tersebut tidak akan berlaku.
    
“Sebelum adanya SOSMA perkara tersebut mungkin boleh berlaku atau apa disebut prosiding di luar bidang kuasa kerana kesalahan terhadap Malaysia berlaku di luar negara, namun peruntukan SOSMA ketika ini berlainan jika semua syarat dipenuhi hukuman mengikut undang-undang negara boleh dilaksanakan,”.

 
*** Admint merasakan akta SOSMA seharusnya dilaksanakan pada pengkhianat negara terlebih dahulu, kerana ianya adalah ancaman utama dalam negara. Banyak sudah perkara yang melibatkan perkara yang boleh menganggu gugat ketenteraman dalam malaysia.
 
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s