Berita dari Perlis.
Warga emas bimbang rumah runtuh.

 

  • Keadaan bumbung rumah jiran Auntie yang rapat dengan tembok rumahnya menyebabkan air hujan terus masuk ke kawasan dapur rumah.
  • Keadaan bumbung rumah jiran Auntie yang rapat dengan tembok rumahnya menyebabkan air hujan terus masuk ke kawasan dapur rumah.

Seorang ibu tunggal dari Taman Sena dekat sini bimbang apabila rumahnya mula retak akibat dimasuki air hujan selepas penambahan rumah dari taman bersebelahan sejak beberapa tahun lalu yang dibuat tanpa kawalan pihak berkuasa tempatan.

Dia yang enggan dikenali berkata, dia sudah beberapa kali mengadu kepada Majlis Perbandaran Kangar (MPK) namun tiada tindakan diambil sehingga kini.

“Saya tidak mahu bergaduh dengan jiran, tetapi saya juga terpaksa memikirkan keselamatan diri yang hanya tinggal dengan pembantu.

“Dinding rumah dah mula retak, manakala lantai di hadapan dapur menjadi mendap akibat takungan air hujan. Ini kerana air hujan dari bumbung rumah mereka masuk ke rumah saya,” katanya yang sudah berusia 60 tahun.

Berikutan tiada sebarang tindakan yang diambil MPK, sebanyak lima rumah dari taman bersebelahan rumahnya menambah rumah sehingga pagar tembok rumahnya menjadi dinding rumah mereka.

Selain itu, lorong belakang rumahnya yang patut dijadikan tempat laluan bomba sekiranya berlaku kebakaran juga sudah tiada akibat pengubahsuaian rumah.

“Bayangkan longkang di belakang rumah saya ditutup akibat penambahan rumah mereka, ia menyebabkan nyamuk membiak dengan cepat kerana tiada saliran air hujan, jam 5 petang saya terpaksa tutup tingkap bagi mengelak nyamuk masuk ke dalam rumah.

“Jika ini dibiarkan, saya khuatir lebih banyak perkara buruk akan berlaku sama ada rumah saya akan runtuh mahupun lebih ramai yang akan terkena demam denggi,”.

Ujar Auntie, dia telah menerima sepucuk surat dari MPK pada Mac lalu bahawa tindakan akan diambil tetapi selepas tiga bulan tiada perubahan berlaku.

“Saya cuma dimaklumkan bahawa MPK akan merobohkan tembok yang saya bina lebih tinggi minggu lalu sedangkan saya menambah tembok itu supaya air hujan tidak terus masuk ke rumah saya.

“Manakala rumah jiran saya yang ditambah turut akan dirobohkan, sebab itulah saya tidak mahu terlalu agresif membuat aduan kerana bersimpati dengan jiran saya, sekiranya perkara ini dikawal lebih awal oleh MPK, mungkin semua ini tidak akan berlaku,”.

Menurut Setiausaha MPK, Suhaimi Abdul Majid, lima rumah yang mengubah suai dan menambah rumah sehingga ke rumah Auntie tersebut tidak mendapat kelulusan pihaknya.

beliau sudah jelas dengan masalah yang dihadapi Auntie berkenaan dan satu mesyuarat jawatankuasa penguatkuasa akan diadakan bagi menyelesaikan masalah berkenaan.

“Penghuni rumah Rancangan Perumahan Awam terbabit tidak mengikut Undang-undang Bangunan Seragam yang ditetapkan MPK manakala auntie tersebut juga tidak wajar membina tembok rumahnya dengan lebih tinggi kerana boleh menjejaskan keselamatan kanak-kanak dan penduduk di situ apabila ia boleh runtuh bila-bila masa sahaja.

“Pihak kami akan membuat keputusan tidak lama lagi supaya wujud situasi menang-menang antara kedua-dua pihak yakni antara penghuni RPA dan pengadu,”.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: