Masalah akses: Anifah berlepas ke Ukraine

 

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berlepas ke Ukraine dalam usaha mendapatkan akses untuk pasukan penyiasatan Malaysia memasuki kawasan nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang terhempas di bahagian timur negara itu, Khamis lepas.
    
Anifah dan delegasi dari Wisma Putra berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada kira-kira jamm 12.30 tengah malam tadi.
    
Beliau dijadual bertemu dengan pemimpin-pemimpin Ukraine Khamis ini dalam memastikan usaha-usaha menyelaras misi membawa keluar jasad mangsa tragedi, siasatan dan mengumpul bukti kejadian berjalan lancar.
    
‘Biar saya mengadakan perbincangan terlebih dahulu dan saya akan menyediakan perkembangan terbaru kemudian. Biar kita harap satu hasil yang positif,” kata Anifah sebelum berlepas ke Ukraine.
    
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai dan delegasinya sudahpun berada di ibu negara Ukraine, Kiev, untuk tujuan sama.
    
Penerbangan MH17 dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas selepas dipercayai ditembak jatuh dengan menggunakan peluru berpandu permukaan ke darat, kira-kira 50km dari sempadan Rusia.
    
Kesemua 298 penumpang termasuk 15 anak kapal pesawat Boeing 777-200ER terkorban dalam kejadian yang berlaku di wilayah Donetsk, yang dikawal oleh kumpulan pemberontak pro-Rusia.
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s