Nik Aziz: Tolak gencatan senjata, tahniah Hamas

 

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini mengucapkan tahniah kepada Hamas kerana menolak gencatan senjata dengan Israel.

“Saya ucap tahniah atas keberanian pejuang Hamas ini yang tidak pernah menyerah kalah dan tidak menerima genjatan senjata yang ditawarkan.

“Ini sikap pejuang yang kita banggakan,” .


Katanya, tindakan Hamas itu dilihat begitu berani dalam menjaga kedaulatan Islam dan bumi Palestin sendiri.

saki baki keturunan Bani Israel yang jahat sejak dahulu dan membunuh para nabi kini melakukan kerosakan sama dengan menjajah tanah air Palestin serta membunuh rakyatnya.

“Kekejaman pihak mereka dibalas balik oleh tentera yang berani serta menghalau mereka dari mendiami tanah suci Palestin,” .

“Hari ini (sayap tentera Hamas) Briged al-Qassam dan mujahidin lain daripada Hamas adalah tentera tentera berani yang amat digeruni zionis telah melancarkan serangan balas yang dinamakan al-ashf al-ma’kul atau daun kering yang dimakan ulat dengan menggunakan persenjataan yang semakin canggih.”

Israel pula menerima cadangan gencatan senjata Mesir kerana gentar dengan asakan Hamas.

Tegas beliau lagi, bahasa berinteraksi dengan zionis Israel ketika ini ialah bahasa perang senjata.

                                                Kematian terus bertambah .

Sementara itu, angka kematian akibat serangan Israel ke Semenanjung Gaza melebihi 360 orang selepas dibedil siang dan malam sejak 12 hari lalu.

Pagi ini, 32 mayat dibawa ke hospital dan angkanya dijangka meningkat, pasukan perubatan dipetik sebagai berkata kepada Al Jazeera.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s