“Bagaimana Perjuangan Anda Dijual Kumpulan Pencuri?”

 

1 kumpulan Pencuri lagakan kumpulan kumpulan yang lain. Kumpulan lain bergaduh dan isu blow up jadi kecoh. Kumpulan PENCURI ini kemudiannya melalui kabel hantar laporan kepada Pejabat PM bahawa kumpulan ini dan kumpulan itu bergaduh rebut harta karun.

 

Melalui Kabel di Pejabat Perdana Menteri (Yang ada kepentingan) bagi cadangan untuk take over apa sahaja kerja yang ada dari Pejabat Perdana Menteri dengan alasan Kumpulan PENCURI ini boleh melaksanakan kerja dan tidak terlibat dengan kumpulan kumpulan yang bergaduh itu.

 

Sebelum PRU 13 Kumpulan PENCURI ini meraih Dana dari Pejabat Perdana Menteri sekitar RM 13 Juta (Tidak termasuk dengan hasil dari beberapa Kementerian lain). Jumlah RM 13 Juta merangkumi Program program, pemberian tunai RM200-RM500, Gadjet dan belanja trip lawatan ke Luar negara. Opsss dan juga Tasking WIKIPEDIA…. Ada ke

 

RM1 Juta Dana diperuntukkan kepada Kumpulan Pencuri ini untuk menubuhkan kumpulan WIKIPEDIA yang kononya bertindak mengawal serangan pembangkang di Wikipedia dengan memberikan imbuhan kepada penggiat media sosial yang ada. Kau orang ada terlibat ke?

 

Melalui beberapa kementerian kumpulan PENCURI ini menubuhkan portal portal bagi mendapatkan Dana. Dan mereka yang terlibat dalam semua portal portal ini adalah individu yang sama. 

 

Kenapa kumpulan PENCURI ini cukup ligat dan senang menerima dana? Kerana surat berkepala PRIME MINISTER OFFICE yang dijual oleh Kabel kumpulan PENCURI ini kepada kementerian dan beberapa syarikat GLC dan bukan GLC.

 

Mana mana yang berada dalam jawatan Kerajaan mahupun GLC atau bukan akan cuak apabila Kabel dari Pejabat Perdana Menteri bawak surat minta Dana. Modal nya adalah nak kempen dan bantu penggiat media sosial walhal hakikatnya apa yang diperolehi hanya akan diagihkan kepada kelompok kumpulan PENCURI sahaja dan tidak kepada yang lain.

 

Siapa tak nak luluskan bila surat datangnya dari Pejabat Perdana Menteri? Hakikatnya PM tidak tahu pekara ini kerana tidak ada masa nak ambil tahu apa yang berlaku di dalam arena Media Sosial.

 

Benda ni dah lama, sebelum PRU 13 dah berlaku cuma di diamkan sahaja. But now kumpulan PENCURI buat sekali lagi modus operandi yang sama. Cuma kali ini mereka susun atur dengan modal ” Penggiat media sosial bersama mereka”

 

Jika ada penggiat media sosial yang belasah mereka kumpulan PENCURI ini maka akan ada wakil PENCURI berjumpa untuk selesai (SUAPAN RM300-RM500). Ada yang pernah dijumpa kumpulan PENCURI ni siap jemput ambil dari rumah semata mata nak cover line.

 

Kempen kumpulan PENCURI ini adalah dengan menolak penyatuan penggiat media sosial kerana jika semua penggiat media sosial bersatu maka mereka akan sukar untuk tampil ke hadapan kerana yang POWER dan MELETOP adalah kumpulan kumpulan lain yang berhempas pulas siang dan malam melawan kejahatan pembangkang. Mereka tidak power tetapi mereka hebat kerana mempunyai Kabel BESAR di Pejabat Perdana Menteri.

 

Aku dulu pernah disuap RM500 sebulan oleh kumpulan PENCURI ni tapi akhirnya bila aku nampak game kumpulan PENCURI ni aku tolak RM 500 sebulan sebab pada aku tak adil dan tak betul jika aku ambil sedangkan ramai lagi yang sepatutnya dapat dinafikan hak.

 

SIAPA PENCURI ITU ?? KORANG FIKIRLAH SENDIRI….

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s