ImagePERANGKAP KEPADA ORANG MELAYU.

Pemilihan peguam muda yang juga Setiausaha Politik kepada Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang, Dyana Sofya Mohd. Daud, 27, sebagai calon DAP dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan merupakan satu perangkap minda kepada pengundi terutama orang Melayu.

Ketua Penerangan UMNO berkata, pengundi di Teluk Intan diminta tidak terpedaya dengan taktik yang digunakan DAP dengan mempertaruhkan calon Melayu di kawasan berkenaan sedangkan perkara itu tidak pernah berlaku sebelum ini.

“DAP bukan sahaja pilih calon Melayu malah mereka meletakkan individu yang masih mentah dan tidak mempunyai apa-apa jasa kepada rakyat di Teluk Intan.

“Saya yakin kelebihan memihak kepada Barisan Nasional (BN) yang mempertaruhkan Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong sebagai calon PRK Parlimen Teluk Intan kerana beliau pernah menjadi wakil rakyat dan sudah menabur bakti sebelum ini selain mempunyai banyak pengalaman,”.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran Biro Penerangan, Media Baharu dan Teknologi Maklumat (IT) UMNO Bahagian Jerantut di Dewan Majlis Daerah Jerantut di sini hari ini.

Yang turut hadir Ahli Parlimen Jerantut, Ahmad Nazlan Idris dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Tawar, Datuk Dr. Ahmad Shukri Ismail.

Pada majlis itu, Ahmad turut memberi penerangan mengenai cukai barangan dan perkhidmatan (GST) kepada orang ramai selain sempat meluangkan masa beramah mesra bersama Veteran UMNO Bahagian Jerantut.

 

“UNTUK PENGETAHUAN MELAYU MEMMANG SUDAH DIPERANGKAP DAN TERPERANGKAP OLEH PERANGKAP YANG PESANG OLEH ORANG MELAYU SENDIRI.”

 
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s